Photobucket

PAS Penuh Kepalsuan - Shahnon Ahmad

Ramai orang, tidak terkecuali pemimpin dan penyokong Pas, tersentak apabila Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini mengecam parti itu kerana terkeluar daripada perjuangan asal.

Pas mempraktikkan dasar politik yang menyimpang kerana mengadakan hubungan dengan DAP.

Semua orang tahu betapa beliau sebelum ini penyokong kuat Pas – malah ahli seumur hidup. Ketika masuk Pas, kepimpinan parti itu menjajakan nama Shahnon kerana beliau Sasterawan Negara dan tokoh akademik yang disegani.

Namun, perjalanan politik Shahnon dengan Pas tidak bertahan. Dalam tempoh kurang 15 tahun, beliau sudah nampak bagaimana Pas – termasuk golongan ulama dalam parti itu - gagal mempertahankan Islam.

Malah, Dewan Ulamak Pas dianggapnya tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Kini wujud bagai ‘tongkol kayu’. Ulama Pas termasuk Mursyidul Am, kini dibayangi golongan profesional.

Beliau dilaporkan berkata: “Dasar politik Pas sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional Pas...

Kesimpulannya, Pas sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya.” Bayangkan, jika cendekiawan sehebat dan secerdik pun boleh tak faham dengan Pas, apa lagi rakyat biasa.

Pemerhati politik berpendapat Pas akan membayar harga yang mahal dalam pilihan raya umum nanti ekoran pakatannya dengan DAP.

Sehinggakan misi menubuhkan Negara Islam pun bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All.

Ada pihak memberi cadangan agar slogan Pas Ganti Umno elok ditukar saja kepada DAP Ganti Pas.

Perubahan sikap Shahnon ini sangat signifikan, kerana pengalaman yang sama turut dilalui Datuk Dr Hassan Ali dan tokoh Pas yang lain. Mereka kesal kerana Pas berkompromi soal prinsip dan perjuangan.

Dalam banyak isu berkaitan agama dan akidah, DAP dan PKR lebih dominan. Pemimpin DAP kini lebih kuat bercakap isu agama.

Banyak pelanggaran agama dan kemungkaran berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi Pas tidak boleh buat apa. Pas juga diam apabila Majlis Peguam mempertikai kemutlakan keputusan Majlis Fatwa Kedah.

Andainya Shahnon masuk Pas dulu kerana tertarik kepada kepimpinan ulama, maka kekecewaan beliau hari ini adalah manifestasi penolakan beliau terhadap kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang.

Pengalaman Shahnon dalam politik Pas boleh dibaca dalam buku Perjalananku Sejauh Ini: Satu Autobiografi (2006).

Menurut Dr Sohaimi Abdul Aziz, Shahnon hanya menjadi wakil rakyat Pas cuma sepenggal (1999-2003) kerana dia sedar bahawa dia menemui banyak kepalsuan. “Menjadi wakil rakyat Pas...

Tidak membawa banyak erti kepada kehidupannya,” begitulah pandangannya ketika menjadi panelis di Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13-14 Mei 2007. (Shahnon bertanding dan menang di kawasan Parlimen Sik dalam pilihan raya umum 1999 dengan majoriti 478 undi mengalahkan Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman).

Satu faktor yang mendorong kejayaan Shahnon dalam pilihan raya itu ialah buku satira politik cukup kontroversi, Shit (1999), yang dilaporkan terjual sehingga 130,000 naskhah.

Ironinya, Lim Kit Siang ketika itu mencadangkan Shahnon didakwa ke mahkamah kerana karya tersebut. Manakala Kementerian Dalam Negeri berpendirian tidak mengharamkannya atas dasar “pendemokrasian bahan-bahan bacaan.”

Namun, peminat sastera dan pelajar tentunya lebih mengingati Shahnon (adakala menggunakan nama pena Juwahir dan Tutang) kerana karya hebat seperti Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), dan Al- Shiqaq 1 (1985) serta banyak lagi antalogi dan cerpen.

Shahnon kini berusia 80 tahun dan uzur. Beliau mengidap sejenis penyakit antibodi yang menyerang segala otot dan tenaga di seluruh badan sehingga daya tahan dan daya rasa menjadi lemah longlai tidak bermaya hingga menyebabkan sukar untuk bernafas, bercakap, menelan, mengunyah atau meludah.

Saya mencadangkan pembaca membeli buku Kembara Seorang Hamba (Karya Bestari, Shah Alam, 2010). Ada satu perenggan di halaman 8, mungkin ditujukan kepada Pas: “Diri ini sudah lanjut usia... Tiada lagi yang sudi mengalualukannya kerana ketuaan yang dialami.

Tiada gunanya lagi walau secalit dan kini hanya menunggu hakisan dan keluputan untuk dipindahkan ke alam lain.”

-Dr Mashitah Ibrahim

Info Mas Kahwin Ikut Negeri


Malaysia Negara Ke-20 Aman di Dunia

Oleh: HARITS ASYRAF

Institut Ekonomi dan Keamanan telah mengeluarkan Indeks Keamanan Global (GPI) yang melibatkan 158 buah negara pada minggu lalu.

Indeks itu dikeluarkan pada setiap tahun berdasarkan tahap keamanan setiap negara.

Sebagai rekod, tahap keamanan dan keselamatan dunia meningkat pada tahap tertinggi sejak tahun 2009.

Selain itu, negara-negara Afrika tidak lagi menjadi negara yang dipandang sebagai ‘kawasan tidak selamat’.

Namun perubahan positif itu tidak berlaku pada Amerika Syarikat apabila negara itu jatuh ke tangga 88 di bawah Serbia, Ghana dan Zambia.

Pada masa yang sama, Malaysia pula berada di tempat yang ke 20 mengatasi Singapura dan Australia.

Penilaian dan penentuan daripada GPI dikira berdasarkan 23 petunjuk indikator kualitatif dan kuantitatif.

Ia juga ditentukan oleh beberapa faktor seperti indeks petunjukkan tahap konflik dalaman negara, perpaduan bersepadu penduduk, kecekapan dan ketelusan kerajaan, integrasi serantau, kualiti dan tahap pendidikan, tahap rasuah, kebebasan media serta menghormati hak asasi manusia.

Berikut adalah 10 negara teratas di dalam senarai Indeks Keamanan Global (GPI):

1. Iceland
2. Denmark
3. New Zealand
4. Canada
5. Japan
6. Austria
7. Ireland
8. Slovenia
9. Finland
10. Switzerland

Sumber: visionofhumanity.org

Al-Azhar Iktiraf Pendekatan Wasatiyyah Anjuran Najib

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Universiti Al-Azhar, Mesir, sebuah universiti Islam terkemuka dunia mengiktiraf kesungguhan kerajaan Malaysia dalam usaha membina sebuah ummah wasatiyyah yang dijangka akan mengimarahkan nilai-nilai Islam di kalangan umatnya di seluruh dunia, khususnya di negara ini.

Mantan Dekan Fakulti Syariah Dan Kanun Universiti Al-Azhar Mesir, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman yang mewakili Al-Azhar menyampaikan pengiktirafan tersebut di dalam sidang media di sini lewat semalam.

“Saya mewakili Al-Azhar berbangga mengiktiraf sokongan dan usaha kerajaan Malaysia dalam usaha mewujudkan ummah wasatiyyah melalui program-program seminar seperti ini,” katanya sejurus selepas pembentangan kertas kerja kelima Seminar Antarabangsa – Fiqh Mentaati Pemimpin.

Kertas kerja kelima yang bertajuk “Pendakatan Wasatiyyah Peneraju Kepimpinan Islam” itu dibentangkan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Mohd Zin, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mengulas lanjut mengenai pendekatan wasatiyyah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negara ini, mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Syeikh Mahmoud Abdul Ghany Mahmoud Ashour menegaskan bahawa konsep tersebut selari dengan ajaran Rasulullah SAW.

“Pada pandangan saya, konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia itu adalah sebuah konsep yang dianjurkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Maksudnya menganjurkan sesuatu yang bukan ekstrem dan tidak menyeleweng sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah,” katanya sambil memetik beberapa hadis sahih dan kisah-kisah sahabat berhubung konsep wasatiyyah tersebut.

Selain itu, beliau berkata, seminar yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Generasi Bestari, dan laman portal terkenal, Mykmu.net itu merupakan satu bukti jelas sokongan kerajaan Malaysia membawa ke arah transformasi umat Islam di Malaysia.

Katanya, penganjuran seminar itu merupakan satu langkah positif dan progresif yang sepatutnya mendapat perhatian dan diambil sebagai contoh terbaik oleh negara-negara Islam di seluruh dunia.

“Semua tajuk, tema-tema, isu-isu dan perbincangan yang membina ummah wasatiyyah seperti ini seharusnya mendapat tempat dan dianjurkan oleh semua negara Islam kerana ia akan menentukan masa depan umat Islam itu sendiri.

“Seminar ini adalah satu model dari segala sudut sama ada penganjurannya, tajuk-tajuk perbahasannya dan pengisiannya,” kata wakil-wakil Al-Azhar tersebut.

Selain itu, kedua ulama Al-Azhar itu juga meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri, pihak kerajaan, penganjur program dan seluruh rakyat Malaysia atas layanan baik serta penganjuran seminar yang penuh pengisian tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih atas penganjuran seminar seperti ini bagi pihak Al-Azhar dan dari pihak diri saya sendiri,” katanya sambil memuji penganjur program seminar yang berlangsung selama 3 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Turut dikagumi oleh Dr. Hamed Mohamed dan Syeikh Mahmoud Ashour ialah seminar itu yang dihadiri oleh golongan muda yang sentiasa memberikan sokongan penuh dan memenuhi dewan pada setiap pembentangan kertas kerja mereka.

Malaysia Negara Contoh – Muhyiddin

TAIPING – Malaysia merupakan sebuah negara contoh kerana mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama yang dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama dalam soal ekonomi, politik serta kebudayaan.

Pencapaian itu sekali gus mengatasi beberapa teori sosiologi yang menyatakan bahawa mana-mana negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum akan menghadapi masalah dalam hubungan antara kaum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu juga membuktikan dasar-dasar yang dilaksana kerajaan berjaya memupuk dan mengeratkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Terdapat teori sosiologi yang menyatakan bahawa negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum akan menghadapi masalah dalam hubungan antara kaum. Sebagai contoh buku bertajuk The Plural Society yang ditulis oleh ahli sosiologi, M.G Smith menyatakan bahawa negara yang mempunyai pelbagai kaum akan berhadapan dengan masalah kaum yang berlarutan, namun perkara itu tidak berlaku di Malaysia,” katanya pada Majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, berdasarkan teori itu juga pembangunan negara dan rakyat terjejas akan terjeas dan negara terlibat tidak maju seperti dikehendaki rakyat dan pencapaian di Malaysia membuktikan sebaliknya.

Menurut beliau, kejayaan itu sebenarnya antara janji yang telah berjaya dilaksanakan kerajaan sejak 55 tahun lalu bagi memastikan pembangunan dan ekonomi stabil manakala perpaduan kaum terjalin erat.

Malah, kata beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan memastikan hubungan baik antara kaum ini kekal bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Jelas beliau, terdapat undang-undang yang boleh dikenakan kepada golongan yang mahu mencetuskan rasa tidak senang antara kaum di negara ini demi kepentingan mereka seperti undang-undang hasutan bagi mencegah perkara itu daripada berlaku.

Tambah beliau, masalah yang berlaku akibat daripada perbezaan agama dan budaya akan membawa kesan buruk kepada segala usaha yang telah kerajaan lakukan untuk memaju dan memakmurkan negara.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan memastikan hubungan baik antara kaum ini kekal bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk rakyat dapat dilaksanakan.


Terus Sokong Dasar Kerajaan

SHEIKH Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour (kiri) mendengar pertanyaan daripada moderator majlis, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti A-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk Fiqh Mentaati Pemimpin: Cabaran Semasa Pemerintahaan Islam di sini hari ini.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini yang bermula semalam hingga 17 Jun ini.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.

Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting.

Sementara itu, Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, masyarakat Islam perlu bersatu dalam apa jua keadaan biarpun masing-masing mempunyai perbezaan politik.

Menurut beliau, Islam tidak menghalang umatnya mempunyai pandangan berbeza tetapi ia tidak boleh menjejaskan perhubungan sesama mereka.

''Jika rakyat mempunyai pandangan berbeza dengan pemimpin, maka mereka boleh menegurnya secara baik kerana rakyat perlu memuliakan pemimpin dan mereka perlu mentaatinya dalam hal kebaikan.

''Rakyat juga tidak boleh mengikut pemimpin secara membabi buta selain mendoakan segala yang baik kepada mereka jika mereka tidak berlaku adil," katanya. 

BERNAMA

VIDEO : Sekitar Ceramah Datuk Zulkifli Noordin - 14/6/2012

Penyanyi Utama D’LLoyd Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Vokalis utama kumpulan D’LLoyd dari Indonesia yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 70-an, Syamsuar Hasyim, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Kematian Syamsuar, 65, disahkan anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia mengunjungi sanak saudara.
Isfriansyah, yang menetap di Aceh, Indonesia, 37, berkata bapa saudaranya itu meninggal dunia di Hospital Husada Utama, Jakarta, akibat sesak nafas kira-kira jam 7.15 pagi waktu Indonesia.

Beliau berkata, jenazah bapa saudaranya itu akan dibawa ke rumah kakaknya di Kalibaru, Jakarta untuk urusan pengebumian di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta selepas solat Asar hari ini.

Isfriansyah berkata, bapa saudaranya itu yang hidup membujang dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sesak nafas pada Khamis lalu sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini.

“Kami berasa sungguh sedih dengan pemergiannya kerana beliau seorang yang sangat mengambil berat terhadap kami,” katanya.

Syamsuar Hasyim mula menganggotai kumpulan D’LLoyd pada tahun 1974 dan merakamkan album pertama pada tahun itu juga serta mengeluarkan beberapa lagu popular seperti Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa, Oh Di mana, Keagungan Tuhan dan Sendiri.

Allahyarham kali terakhir bersama-sama kumpulan D’LLoyd mengadakan konsert di Johor Bahru bulan lalu sebelum dilaporkan jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Husada Utama pada 21 Mei lalu dan keluar daripada wad pada 28 Mei.

Sementara itu, saudara terdekat penyanyi itu yang menetap di Malaysia, Isa Madon, berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ketika kumpulan D’LLoyd membuat konsert di Johor Bahru dan keadaanya dilihat sihat.

“Saya terkejut mendengar khabar ini. Beliau seorang saudara yang sangat pemurah, peramah bersama kami sekeluarga dan rakan artis serta seorang yang sangat mengambil berat terhadap orang lain,” katanya. 

BERNAMA




Rakyat Diminta Tolak Janji Manis Pembangkang

KANGAR: Rakyat perlu menolak janji manis pembangkang yang hanya hadir ketika menjelang pilihan raya, tatkala kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pelbagai program berkepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata pembangkang hanya tahu berjanji bagi meraih undi sedangkan kerajaan BN berusaha memastikan rakyat menikmati pelbagai kemudahan.

Selama ini rakyat menerima pelbagai kemudahan termasuk bantuan daripada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup, katanya ketika berucap merasmikan program 'Gema Karisma 1Azam', bagi kawasan Parlimen Kangar, di sini, Ahad.

Pada majlis itu, 34 usahawan kecil wanita menerima bantuan berjumlah RM170,000 di bawah program "Teman 1AZAM" bagi meningkatkan kegiatan perniagaan. Turut menerima bantuan hari ini ialah 25 mangsa ribut di kawasan parlimen tersebut berjumlah RM10,550.

Sementara itu, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Bahari Taib, 64, diumum sebagai Tokoh Sukarelawan Kebajikan atas sumbangan besar beliau dalam kegiatan kebajikan di negeri ini. 

BERNAMA

Yaman Pelawa Dr M Jadi Penasihat Khas Ekonomi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. 

 BERNAMA

BR1M2 : Komen PM

Ini Komen PM Mengenai Cadangan TPM Terus Bagi BR1M
Harapan nampaknya makin cerah pada kemungkinan kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kabinet Rabu lalu membayangkan beliau sedang menimbangnya.

Dengan mengunakan bahasa loghat Utara semasa berucap lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kulim Jumaat, beliau berkata, "saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq."

Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.


AGENDA DAILY - 8/6/2012

'WWW1' Di Satria Neo

Ini pastinya menjadi penamat yang mencuri lagi perhatian tentang kisah nombor plat paling sensasi WWW1 dimiliki Sultan Johor.

Apa yang paling menarik baginda tidak memilih jenama kereta mewah untuk ‘ mengibarkan’ nombor berkenaan.

Sebaliknya ia adalah kereta buatan Malaysia Proton Satria Neo.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang cuba sindir baginda menerusi twitternya kerana membidanya dengan harga RM520,000 tentu gigit jari tersipu-sipu melihatnya.


AGENDA DAILY - 9/6/2012

KUOTA HAJI : Perbincangan Beri Gambaran Positif

Anifah: Hasil Perbincangan Beri Gambaran Positif Kuota Haji Malaysia Tidak Terjejas
KOTA KINABALU 10 Jun - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah pada 26 April lepas.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

"Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

"Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam bersama pesara kerajaan di kawasan Parlimen Kimanis di sini, malam semalam.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lepas. 

BERNAMA

Video Terbaru Keganasan #BERSIH3

Bukti PKR Pelopor Yahudi Dan Doktrin Freemason Kepada Ahlinya?

Matahari yang pernah disembah oleh manusia satu ketika dahulu. Bermulanya kisah ini dengan satu amalan manusia zaman dahulu yang menyembah matahari. Dikatakannya bahawa matahari ini adalah Tuhan. Sinaran yang keluar daripada matahari tersebut membentuk seolah-olah bentuk piramid.
Eye Of Horus Zaman semakin berubah dan pemikiran manusia semakin sistematik dan teratur. Maka dijadikannya tuhan-tuhan baru. Di antaranya terdapat sebuah logo yang melambangkan tuhan Horus.
Logo Di belakang USD 1 Dengan kedatangan agama Yahudi, logo-logo ini diadaptasikan untuk disesuaikan dengan kehendak sendiri. Maka dengan itu pula logo mata telah diambil dan diperkenalkan dengan nama Eye of Providence.
Logo ini terdapat dibelakang duit USD 1.
Freemason
Perhatikan logo mata di atas. Sebuah Persatuan Yahudi Asal logo Eye of Providence ini dapat dilihat dari persatuan rahsia Freemason yang dianggotai oleh Yahudi.
Freemason dan Eye of Providence
Masih dengan mata yang satu .Di dalam negara Malaysia pula dapat dilihat dengan jelas logo ini digunakan di dalam Parti Keadilan Rakyat.
Lebih jelas dipengaruhi oleh Eye of Providence. Malah turut digunakan di dalam Konvensyen Keadilan di Pulau Pinang.

Satu Kebetulan? Siapa pula yang membawa arus perjuangan Pakatan?

K7L : Apakah kita mahu Malaysia ini dihancurkan?..

Pelajar UNISEL Hendak Berdemo Minta PTPTN Dikekalkan

Kata hendak beri pendidikan percuma? Mengapa tidak beri masuk percuma kepada 1,000 orang pelajar UNISEL? Mengapa UNISEL tidak boleh beri? PTPTN sudah tidak relevan lagi untuk membantu UNISEL kerana tiada faedahnya memberi kepada pihak yang hendak memansuhkan PTPTN.

Melentinglah Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali. Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan. Mengapa Dr Halimah Ali tidak merayu kepada UNISEL untuk beri percuma sahaja pendidikan kepada 1,000 orang pelajar tersebut?

Kata hendak buat negeri kebajikan. Di UNISEL pun tidak boleh buat, mana pergi duit RM300 juta yang dikendalikan sendiri di bawah MBI?

Selepas ini kalau tidak dapat juga pinjaman PTPTN, eloklah Dr Halimah ajak pelajar pelajar UNISEL buat khemah minta agar PTPTN jangan dimansuhkan di depan pagar UNISEL. Itu yang terbaik boleh diajar oleh Exco Pendidikan Selangor tersebut.

Hasan Ali : PAS "Pak Turut" DAP

SEGAMAT 4 Jun - Pas perlu cermin diri dan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Islam di negara ini.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti tersebut tidak layak menjadi pengganti UMNO kerana tidak mempunyai kekuatan dan hanya berperanan sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

"Saya tidak fikir Pas boleh lakukan (Pas ganti UMNO) kerana bilangan kerusi Pas tidak mencukupi untuk menggantikan UMNO. UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN), ini berbeza dengan Pas kerana sudah tentu tidak boleh menjadi tulang belakang pakatan pembangkang.

"Sebab kedua ialah Pas hanya pengikut, dia bukan di depan atau di kiri atau kanan tetapi di belakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Minda Islam di Dataran Segamat, di sini malam tadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah kelmarin, menyatakan kesediaan parti itu menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

Hasan yang juga bekas Exco Selangor berkata, berbeza dengan kedudukan UMNO yang diterima dan diiktiraf MCA dan MIC, Pas sebenarnya hanya dipergunakan untuk kepentingan pakatan pembangkang.

"Jadi macam mana nak tandingi UMNO kerana Pas hanya jadi parti di belakang. UMNO sudah lama di depan dalam BN dan hakikat ini diterima MCA dan MIC. Pas hanya menyusur di akar, yang tegak menjadi dahan dan batang ialah DAP dan PKR," katanya.

Beliau berkata, Pas juga tidak mempunyai pengalaman, ilmu dan kemahiran dalam mengurus negara dan ia dibuktikan di negeri yang kini ditadbir oleh parti itu.

Mengenai kemampuan BN menawan semula Selangor, beliau berkata, strategi yang harus digunakan adalah meletakkan 60 peratus muka baru dan jika itu tidak dilakukan, peluang menawan semula negeri tersebut adalah tipis.

Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan mendedahkan semasa beliau menjadi pemimpin Pas, seorang pemimpin tertinggi parti tersebut pernah menyatakan 'sanggup makan babi' bersama pemimpin DAP daripada makan ayam bersama Perdana Menteri sebagai kiasan menolak kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dicadangkannya.

Beliau berkata, kata-kata itu jelas menunjukkan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO berbanding keikhlasan UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima kerjasama dan perpaduan antara dua parti Melayu itu.

VIDEO : Sikit - Sikit Yusof Qardawi..

VIDEO : K-POP @ PKR Bertam Nite

Pembangkang Guna Perang Psikologi Tahu Tak Dapat Sokongan - TPM

Pembangkang yang bimbang tidak dapat sokongan sekuat dijangkakan sengaja melancarkan perang psikologi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional jika mereka gagal dalam proses demokrasi pilihan raya umum akan datang.

Ini ekoran tindakan pembangkang membangkitkan isu kononnya pilihanraya negara tidak bebas dan adil serta mengadakan rusuhan haram Bersih 3.0 sedangkan banyak penambahbaikan berkaitan pilihanraya sudah dilakukan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan atas dasar apa perlu Bersih 3.0 dan sebelumnya yang diketuai Datuk S Ambiga padahal banyak perkara dicadangkan mereka sudah diterima malah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas penambahbaikkan pilihanraya di peringkat Parlimen.

“Mungkin analisis pembanbangkang mereka tidak dapat sokongan sekuat mereka jangkakan. Mereka fikir BN akan jadi lemah selepas 2008 dan BN tidak pulih, tetapi jangkaan mereka meleset kerana BN kembali kuat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Tasik Tititwangsa yang dihadiri lebih 5,000 jentera BN.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, beliau setuju pendapatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis di blognya berhubung perkara sama.

“Saya tidak boleh (buat) andaian ke depan tetapi sesetengah ramalah macam Tun Dr Mahathir fikir ada asas dan rakyat kena sedar. Pembangkang cuba takutkan rakyat...ini perang psikologi,” tegasnya.

Menurut Muhyiddin, kerajaan BN sedar kelemahan dan turun ke bawah menyelesaikan apa disuarakan rakyat dan ini membimbangkan pembangkang.

“Apa lagi, mereka main perang psikologi untuk pesongkan fikiran rakyat jika gagal tumbangkan kerajaan secara demokrasi...mereka akan bangkitkan kemarahan macam ala Arab Spring,” katanya.

Muhyiddin juga menyoal motif pembangkang yang terus menuntut dan mendakwa yang kononnya yang masih tidak berpuas hati dan mahu "membersihkan" sistem pilihan raya di negara ini, walaupun insiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengkaji semula dan menambahbaik sistem tersebut.

Katanya, ini semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa untuk menidakkan kesahihan keputusan PRU13 nanti.

Katanya, beliau juga sedar taktik sedemikian yang diguna oleh pembangkang dan kerajaan akan berusaha untuk menangkisnya, termasuk membuat penjelasan dan penerangan kepada rakyat di semua peringkat.

Sementara itu mengulas Himpunan Hijau PAS di Kedah yang didakwa dihadiri 100 ribu orang, Muhyiddin berkata, BN tidak hairan himpunan balas pembangkang untuk menyaingi yang BN buat di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.

“PAS sudah merosot di Kedah, sebab itu mereka buat di sana untuk tunjuk kononnya PAS masih gagah.” Ujar beliau.

Dalam pada itu katanya, kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana bekas pegawai tinggi menyertai pembangkang selepas tamat perkhidmatan.

“Itu pilihan mereka. Harap mereka sedar masa dalam kerajaan dan sama-sama laksana dasar. Kalau tidak puashati satu dua perkara, jangan sampai tinggalkan kerajaan,” katanya.

Muhyiddin menyerahkan kepada rakyat menilai perkara itu selain bilangan yang berbuat demikian tidak ramai berbanding yang masih faham dan yakin pada BN.

Ramai Kagum Kejayaan Malaysia - Najib

PUTRAJAYA, 4 Jun - Ramai orang luar yang melawat Malaysia kagum dengan pelbagai kejayaan yang dicapai negara, dan mereka dilihat seolah-olah memiliki persepsi yang sama sekali berbeza dengan realiti dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, banyak petunjuk dalam negara yang memberikan gambaran jelas mengenai kejayaan yang dicapai negara selaras dengan pelbagai inisiatif kerajaan.

"Rupa-rupanya wujud jurang antara persepsi dan realiti di Malaysia, bagi sesetengah negara, realiti itu lebih buruk daripada persepsi, tapi bagi Malaysia persepsi nampak lebih buruk daripada realiti," katanya semasa berucap di majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, baru-baru ini dua senator dari Amerika Syarikat yang melawat Malaysia memuji apa yang mereka dapat lihat, dan mereka menggambarkan Malaysia sebagai sebuah kisah kejayaan.

Katanya, kedua-dua senator yang merupakan bekas calon Presiden itu juga mengakui bahawa Amerika Syarikat sendiri sedang berusaha membaiki sistem demokrasi mereka, malah mengakui bahawa satu ketika dulu keputusan pilihan raya negara itu tidak diputuskan oleh peti undi, sebaliknya oleh Mahkamah Agung.

BERNAMA

Rakyat Keliru Angkara Nik Abdul Aziz, Hadi?

KOTA BHARU 3 Jun - Percanggahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung 'fatwa' mengundi Pas masuk syurga membuatkan kedudukan agama Islam di negara ini menjadi rumit.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin ini menyebabkan rakyat keliru.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin Pas itu sering bertelagah iaitu masing-masing menyatakan pendirian dan tidak mahu mengalah, menyebabkan akhirnya rakyat terutama ahli-ahli Pas menjadi mangsa sama ada harus mengikut pendirian Abdul Hadi atau Nik Abdul Aziz.

"Selain isu fatwa undi Pas masuk syurga, mereka juga berbeza pendapat mengenai isu Perdana Menteri mesti Melayu. Abdul Hadi tetap mahu Melayu, sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah janji Islam.

"Sama juga mengenai isu muzakarah dengan UMNO, pada mulanya Nik Abdul Aziz ingin bermuzakarah manakala Abdul Hadi menentang sekeras-kerasnya, demi kepentingan politik akhirnya Musyidul Am Pas itu menarik balik pendirian tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini mempertahankan pendirian 'undi Pas akan masuk syurga'.

Selain itu, kedua-dua pemimpin tersebut juga bercanggah pendapat mengenai isu Perdana Menteri Melayu iaitu Abdul Hadi menegaskan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru rakyat negeri ini supaya jangan membazir dengan memberi derma untuk pembinaan lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Katanya, pembinaan lebuh raya ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat dan hasrat kerajaan Pas Kelantan ingin membina lebuh raya berkenaan hanya gimik politik semata-mata.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional sudah berjanji akan membina lebuh raya jika diberi mandat memerintah Kelantan, jadi rakyat tidak perlu lagi bersusah payah menderma.

"Kalau ada duit, lebih baik derma di masjid, surau ataupun kepada golongan anak yatim yang dilihat lebih memerlukan. Derma tersebut lebih mendapat ganjaran pahala.

"Pas berjanji untuk membina lebuh raya hanya kerana mahu melawan kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat janji hendak buat lebuh raya apabila memerintah Kelantan, Pas juga turut melakukan perkara yang sama.

"Kos membuat lebuh raya itu memerlukan peruntukan yang sangat banyak, mampukah dilaksanakan kerajaan Pas, sedangkan projek kecil yang dijanjikan sebelum ini pun masih belum terlaksana?" katanya.

TPM : Jangan Leka Perang Psikologi Pembangkang

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) supaya tidak leka dengan strategi pembangkang yang kini mula melancarkan 'perang psikologi' bagi membangkit rasa marah rakyat terhadap parti dan kepimpinan negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan itu termasuk memanipulasi fikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan dengan berdemonstrasi ala 'Arab Spring' seperti perhimpunan haram Bersih 3.0 pada April lalu.

Jelas beliau, muslihat sedemikian digerakkan kerana pembangkang mula sedar bahawa sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan.

"Mungkin analisis pembangkang mengatakan mereka tidak dapat sokongan yang dijangka dan BN akan jadi lemah serta tak mampu pulih selepas 2008. Pembangkang tahu mereka susah nak tumbangkan BN secara demokrasi.

"Saya pun baca politik. Kita tahu muslihat mereka. Namun jangkaan mereka meleset. BN kini kembali kuat. Namun kita sedar kelemahan-kelemahan dan sebab itu kita turun padang," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pembangkang juga cuba meraih sokongan masyarakat antarabangsa menerusi penubuhan badan pemantau pilihan raya yang disertai pemerhati-pemerhati luar.

"Ini juga muslihat supaya badan itu membuat kesimpulan pilihan raya umum nanti tidak adil dan tidak bersih. Ini cara nak cari sokongan masyarakat antarabangsa bagi menyatakan pilihan raya umum tidak sah," ujarnya.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya baru-baru ini yang mengatakan pembangkang sengaja mahu menanam persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan BN.

Beliau juga mempersoal motif pembangkang yang terus menuntut diadakan sistem pilihan raya bersih dan adil walaupun pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengkaji dan menambah baik sistem tersebut.

Barisan Nasional Tak Bimbang

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang dengan program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran Pas yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, kelmarin.

Menurut Timbalan Pengerusi BN, ini kerana Pas memilih mengadakan program itu di Kedah kerana sedar sokongan rakyat terhadap mereka khususnya di negeri tersebut semakin merosot.

"Ia cubaan meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu. Kita tidak bimbang sebab ia diadakan di Kedah, Pas tahu sokongan mereka di Kedah makin merosot.

"Rakyat Kedah rasa tak selesa dengan mereka. Sebab itu Pas buat di sana untuk tunjuk kegagahan. Sebenarnya, ramai dah tinggalkan Pas. Orang Kedah sudah faham pentadbiran Pas yang tak serasi di sana," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senario politik di Kedah kini mengalami perubahan besar sekali gus menambah keyakinan BN untuk menawan kembali negeri tersebut.

"Atas sebab itu Pas buat Himpunan Hijau di sana. Kita tahu kedudukan kita di Kedah jauh lebih baik," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyelar tindakan DAP melarang media tertentu membuat liputan terhadap parti itu khususnya melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Mereka larang Utusan Malaysia. Kita tak pernah larang mana-mana media kerana kita tahu adalah hak media untuk membuat liputan," katanya.

Menyentuh mengenai kesilapan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tersasul menyebut perhimpunan tersebut adalah tanda kejatuhan Pas di semua peringkat, Muhyiddin berkata, ia adalah petunjuk Allah SWT.

"Itulah kalau Tuhan nak tunjukkan hatinya. Kalau hatinya kotor, Tuhan tunjuk dengan moralnya, dengan perbuatannya," katanya.

Tentang tindakan pembangkang yang mahu meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menguasai pilihan raya umum akan datang pula, beliau mengingatkan rakyat tidak memilih pemimpin yang 'terpalit' dengan masalah-masalah peribadi.

UTUSAN MALAYSIA

Kantoi Habis...! KDN Muat Naik Video BERSIH 3.0 Di Laman Webnya Rabu Ini

Kantoi habis kali ini, rakyat sendiri boleh menilai mengenai apa sebenarnya yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu di ibu kota, apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuat naik rakaman visual tersebut dalam laman web rasmi kementerian tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian, Selasa ini.

“Video Bersih 3.0 sudah siap dan boleh ditonton oleh masyarakat mulai pagi Rabu ini selepas ianya selesai proses muat naik yang akan dilakukan pada Selasa.

“Niat kita supaya masyarakat dapat lihat dan membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif yang lebih luas. Sekarang kita terbuka supaya rakyat dapat buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit menjurus kepada perhitungan tertentu,” katanya di Kluang, Johor..

Apabila ditanya sama ada kementerian bersedia berdepan pihak yang mempertikai sumber serta kesahihan video yang akan disiarkan itu, Hishammuddin berkata, pihaknya bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

“Kita sudah bersedia, sekiranya apa yang kita siarkan bukan fakta, saya alu-alukan pihak berkenaan saman KDN. Kita mahu kebenaran, mahu pembelaan, bukan saja kepada pihak yang berhimpun, malah pembelaan untuk polis serta media yang dikasari juga turut mahu keadilan, tidak ada sebab kita mahu sembunyi apa-apa daripada semua,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementerian juga mahu memohon kerjasama orang ramai supaya membantu pihak berkuasa mengesan peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang masih enggan menyerah diri.

“Kita minta masyarakat bantu kita kenal pasti golongan tidak bertanggungjawab ini. Mereka (peserta enggan serah diri) tidak boleh lari atau sembunyi daripada undang-undang selama-lamanya dan usaha untuk kesan dan kenal pasti golongan ini akan diteruskan,” katanya.

Dalam sidang media itu juga, Hishammuddin mengalu-alukan langkah penerbit buku Irshad Manji, Allah, Kebebasan dan Cinta yang dilaporkan bercadang memfailkan tindakan undang-undang, terhadap KDN dan dua jabatan agama.

“Saya mengalu-alukan tindakan mahu saman kita, saya difahamkan dia tiada dalam negara, kita mahu memanggil pihaknya siasatan selepas pengharaman buku berkenaan.

“Jadi untuk bantu siasatan, sama ada dia nak tampil ke hadapan secara sukarela atau mahu saman KDN, saya tidak kisah. Apa yang penting, tampil ke hadapan untuk berhadapan dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dia lakukan,” katanya.

Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal - Prof Dr Nasoha

DAULAT TUANKU!


VIDEO : Ustaz Zainal Abidin Kecam Nik Aziz

Apa Kata Profesor Australia Tentang Pakatan

Ramalan Profesor Di Australia Terhadap Pakatan

Profesor Clive Kessler dari Australia terkenal dalam bidang budaya dan politik.

Beliau menyertai dan memberikan ucapan ketika Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijalankan di Sydney pada 28 April yang lalu.

Dengan kebijaksanaan beliau dalam perkara ini, adakah beliau rasakan bahawa pakatan PKR-DAP-PAS mampu membina sebuah kerajaan yang berkesan jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi?

“Dalam masa seminggu sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru, mereka akan mula bertelagah,” kata beliau.

Profesor yang telah 50 tahun mengkaji isu-isu Melayu itu tidak merasakan bahawa Pakatan mampu bersatu kerana kesemuanya mahukan kuasa.

“Mereka tidak akan mampu untuk bekerjasama menurut polisi yang mereka sendiri tetapkan,” tambah beliau.

Setelah mengkaji evolusi parti-parti politik di Malaysia selama separuh dekad, pendapat yang diberikan oleh Kessler terhadap kedua-dua pakatan (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) adalah sesuatu yang boleh diterima pakai.

Beliau merasakan bawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat masih lagi mempunyai pendapat yang amat berbeza, sebagai contoh, isu dimana hukum hudud (sekali lagi) tidak ia dimasukkan ke dalam agenda PR.

Pendapat yang diberikan oleh Kessler kemudiannya disangkal oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu temu-ramah yang diadakan bersama Bloomberg.

Anwar mengatakan bahawa ketiga-tiga parti tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan buruk dalam membina kerajaan baru.

Anwar mengakui bahawa memang terdapat ‘sesi debat yang agak besar terhadap isu perbezaan, tetapi debat tersebut bukanlah sesuatu yang akan memecah-belahkan PR.’

Kessler tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Anwar yang selalunya sering memperkatakan tentang hudud, berkata bahawa ia tidak mungkin akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan sebulat suara.

Pun begitu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berikrar dua minggu lalu bahawa dia akan meneruskan dengan perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud sebagai sebahagian daripada kerajaan Pakatan.

PR kemudiannya mengambil keputusan untuk mengeluarkan isu ini daripada agenda mereka sebelum terlambat.

Mengenai percanggahan ideologi ketiga-tiga parti di dalam PR, Kessler telah menulis sebuah artikel mengenainya.

“Secara keseluruhannya, bagaimanakah ketiga-tiga parti ini, yang mempunyai sejarah yang berbeza-beza dan pendapat yang berbeza mampu untuk berfungsi sebagai satu organisasi yang berkesan?”

Dalam kata lain, perbezaan yang terdapat dalam PR adalah terlalu besar hinggakan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Menurut Kessler,” Jika mereka menang, apakah polisi yang akan mereka keluarkan? Apakah yang akan dilakukan untuk melaksanakan polisi yang dibuat? Siapakah yang akan menjadi portfolio utama Kabinet dan menjalankan tugas tersebut?

Kessler sudah tentu akan mengkaji manifesto PR yang diumumkan akan keluar tidak lama lagi, tetapi, seperti yang telah disebut, kedudukan bagi kabinet Pakatan juga boleh membantu rakyat untuk mengenalpasti bagaimana mereka boleh berfungsi sebagai satu organisasi.

Kessler telah memberikan ramalan beliau terhadap PRU-13 dengan berkata,”kesimpulannya, hingga sekarang, masih tiada parti lain yang mampu mengatasi UMNO dalam hal pengurusan kerajaan, mungkin satu kesimpulan yang agak sukar untuk diterima.

“Namun, ia adalah ramalan yang tetap bagi saya selagi Pakatan Rakyat tidak mampu bekerjasama antara satu sama lain.”

Sumber: The Choice Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers