Pembangkang yang bimbang tidak dapat sokongan sekuat dijangkakan sengaja melancarkan perang psikologi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional jika mereka gagal dalam proses demokrasi pilihan raya umum akan datang.
Ini ekoran tindakan pembangkang membangkitkan isu kononnya pilihanraya negara tidak bebas dan adil serta mengadakan rusuhan haram Bersih 3.0 sedangkan banyak penambahbaikan berkaitan pilihanraya sudah dilakukan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan atas dasar apa perlu Bersih 3.0 dan sebelumnya yang diketuai Datuk S Ambiga padahal banyak perkara dicadangkan mereka sudah diterima malah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas penambahbaikkan pilihanraya di peringkat Parlimen.
“Mungkin analisis pembanbangkang mereka tidak dapat sokongan sekuat mereka jangkakan. Mereka fikir BN akan jadi lemah selepas 2008 dan BN tidak pulih, tetapi jangkaan mereka meleset kerana BN kembali kuat,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Tasik Tititwangsa yang dihadiri lebih 5,000 jentera BN.
Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, beliau setuju pendapatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis di blognya berhubung perkara sama.
“Saya tidak boleh (buat) andaian ke depan tetapi sesetengah ramalah macam Tun Dr Mahathir fikir ada asas dan rakyat kena sedar. Pembangkang cuba takutkan rakyat...ini perang psikologi,” tegasnya.
Menurut Muhyiddin, kerajaan BN sedar kelemahan dan turun ke bawah menyelesaikan apa disuarakan rakyat dan ini membimbangkan pembangkang.
“Apa lagi, mereka main perang psikologi untuk pesongkan fikiran rakyat jika gagal tumbangkan kerajaan secara demokrasi...mereka akan bangkitkan kemarahan macam ala Arab Spring,” katanya.
Muhyiddin juga menyoal motif pembangkang yang terus menuntut dan mendakwa yang kononnya yang masih tidak berpuas hati dan mahu "membersihkan" sistem pilihan raya di negara ini, walaupun insiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengkaji semula dan menambahbaik sistem tersebut.
Katanya, ini semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa untuk menidakkan kesahihan keputusan PRU13 nanti.
Katanya, beliau juga sedar taktik sedemikian yang diguna oleh pembangkang dan kerajaan akan berusaha untuk menangkisnya, termasuk membuat penjelasan dan penerangan kepada rakyat di semua peringkat.
Sementara itu mengulas Himpunan Hijau PAS di Kedah yang didakwa dihadiri 100 ribu orang, Muhyiddin berkata, BN tidak hairan himpunan balas pembangkang untuk menyaingi yang BN buat di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.
“PAS sudah merosot di Kedah, sebab itu mereka buat di sana untuk tunjuk kononnya PAS masih gagah.” Ujar beliau.
Dalam pada itu katanya, kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana bekas pegawai tinggi menyertai pembangkang selepas tamat perkhidmatan.
“Itu pilihan mereka. Harap mereka sedar masa dalam kerajaan dan sama-sama laksana dasar. Kalau tidak puashati satu dua perkara, jangan sampai tinggalkan kerajaan,” katanya.
Muhyiddin menyerahkan kepada rakyat menilai perkara itu selain bilangan yang berbuat demikian tidak ramai berbanding yang masih faham dan yakin pada BN.
0 comments:
Post a Comment