Photobucket
Tidak ada jaminan sidang DUN Perak berjalan lancar - Nizar

IPOH 27 Mei - Kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di Perak yang masuk hari kedua hari ini dilihat berjalan sepi dan tidak mendapat sambutan ramai.

Perkara berkenaan jelas berlaku apabila program menanam 10 batang 'pokok demokrasi' di kawasan rizab Sungai Kinta berhampiran Medan Istana di sini dijalankan tanpa kehadiran penyokong parti masing-masing.

Malah lebih mengejutkan apabila tidak semua pemimpin pembangkang yang turun padang memberi sokongan moral terhadap usaha dan idea mereka sendiri yang bermula pada pukul 9 pagi itu.

Apa yang jelas, program berkenaan dihadiri tidak sampai 30 orang malah 'diselamatkan' dengan kehadiran kira-kira 20 wakil media tempatan yang membuat liputan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, krisis politik di negeri ini akan berterusan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan.

''Saya tidak yakin satu sidang khas DUN Perak akan diadakan. Saya tidak beri jaminan perjalanan DUN itu akan berjalan lancar malah saya rasa perkara lebih teruk akan berlaku,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas menanam 'pokok demokrasi' itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, kenyataan Nizar itu agak memeranjatkan kerana selama ini imej pemimpin Pas itu dilihat amat bertamadun.

''Watak Nizar yang dipaparkan kepada seluruh dunia adalah cukup bertamadun. Cakapnya selalu berisi dengan ayat-ayat al-Quran, mempunyai akhlak dan moral yang baik.

''Jadi biarlah rakyat menilai sendiri perangai beliau yang sanggup cakap begitu kalau ada sidang DUN. Tak apalah... biarlah dia dengan cerita-ceritanya... saya tak mahu cakap banyak tentang dia,'' katanya. - UTUSAN MALAYSIA
Manek Urai...penamaan calon 6 Julai....undi 14 Julai

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai Kelantan akan diadakan pada 14 Julai dan Hari Penamaan calon pula pada 6 Julai.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Ini bermakna tempoh berkempen ialah selama lapan hari.

Pilihanraya kecil itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat PAS Ismail Yaacob pada 23 Mei lalu.
ADUN Manik Urai Meninggal Dunia

KELANTAN 21 Mei - Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi Bernama hari ini. — BERNAMA


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang

Peratusan kaum:
Melayu 99.25%
Cina 0.44%

India 26%
Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352

Jumlah undi: 10,332

Peratus mengundi: 84.05%

Undi rosak: 192
Bila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga


"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.

Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa.

"Bila dah berkuasa dua kali saja," katanya.

Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaaannya.

"Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah," katanya


Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang ?

"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kita ini dah keterlaluan.

Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".


Sejak sertai PKR dulu hingga sekrang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?

"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.

Tapi bila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Bila dah berkuasa sama saja, serupa saja.

Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya.

Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."


YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan?

"Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Lepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit.

Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.

Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng.

Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu di bawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun.

Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya. Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?.

Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.


Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?

Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.

PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.

Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.

Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ek tangan pembangkang. Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.

Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu.

Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya. Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu.

Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.

Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO. Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN.

Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual. - agendadaily 21/5/2009
Apa cerita...politik wang dalam PAS?
May 20, 2009

Menjelang Muktamar Agung PAS, Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS.

Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ini menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya, pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit. -agendadaily
DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut.

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.


Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.


Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.


Kenapa YB buat kesimpulan demikian?

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.


Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN?

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.


Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN.

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009
Hindraf sudah berani bagi kata dua pada kerajaan…
AGENDA DAILY

Bunyinya memang sudah melampau.Pertubuhan haram Hindraf sudah berani bagi kata dua kepada kerajaan berbentuk ugutan.

Ketuanya yang lari tinggal di London P Waythamoorthy dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata para penyokong pertubuhan itu akan mengadakan demonstrasi jalanan di seluruh negara jika tidak batalkan arahan agar bekas tahanan ISA P Uthayakumar mengadap lembaga penasihat ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang ditemui Agendadaily sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC petang Isnin untuk mengulas perkembangan ini menegaskan kerajaan tak makan ugutan Hindraf.

Katanya jika Hindraf adakan demonstrasi jalanan tindakan tegas akan diambil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulasnya dalam sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pula menegaskan tiada siapapun boleh memberi kata dua.

Menurut beliau kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah sekiranya mereka menghormati undang-undang.

"Kita sudah membuktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa, bukanlah kerajan yang zalim atau yang nak menekan mana-mana pihak,”katanya.

Uthayakumar yang dibebaskan dari ISA baru-baru ini juga berkeras tidak mahu tandatangani surat yang menetapkan syarat-syarat pembebasannya.

Dalam pada itu dia juga telah melanggar peraturan pembebasan bila berhenti berucap di beberapa tempat semasa diiringi oleh konvoi penyokongnya dari Kem Tahanan Kamunting.

Waythamoorthy yang merupakan abang kepada Uthayakumar dipetik sebagai berkata Hindraf akan istihar ‘ perang’ keatas kerajaan pimpinan Datuk seri Najib Tun Razak jika arahan mengadap Lembaga Penasihat ISA itu tidak dibatalkan segera.

Beliau mendakwa arahan keatas Uthayakumar itu tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang ditemui wartawan juga memberi amaran tindakan sewajaranya akan diambil jika Hindraf menganjurkan perhimpunan.

Menurut beliau langkah sewajarnya juga akan diambil jika Uthayakumar enggan mengadap Lembaga Penasihat ISA.-18/5/2009
BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti
UTUSAN MALAYSIA - 20 MEI 2009

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.

''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.
Penanti: Mainan politik pembangkang...BN tidak bertanding


Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.

“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.

“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan masyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC, petang Isnin.

Menurut Najib, keputusan yang dicapai itu dibuat secara sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN.

“Kita tak menari ikut rentak orang lain,. Ini satu permainan politik. Kita tidak mahu terjerumus dalam permainan parti politik pembangkang. Sebab kalau kita ikut lepas ini mereka akan buat di kawasan lain pula,” tegasnya sambil menambah permainan politik pembangkang itu hanya akan menyusahkan rakyat.

Pada sidang media itu, Najib juga mengumumkan pengwujudan jawatan Ketua Penyelaras BN yang disandang oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.

BN juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN dan penyandangnya akan diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.

Selain itu, Dewan Tertinggi BN bersetuju mewujudkan Puteri BN dan Ketua Puteri akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Najib turut mengumumkan perlantikan Pengerusi BN Negeri-Negeri.

Perlis – Datuk Dr. Md Isa Sabu
Kedah – Datuk Seri Shafie Apdal
Pulau Pinang – Tan Sri Koh Tsu Koon
Kelantan – Datuk Mustapha Mohamad
Terengganu – datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Pahang – Datuk Seri Adnan Yaakob
Selangor – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Wilayah Persekutuan – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Negeri Sembilan – Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
Melaka – Datuk Seri Ali Rustam
Johor – Datuk Abdul Ghani Othman
Sarawak – Pehin Seri Taib Mahmud
Sabah – Datuk Seri Panglima Musa Aman

Sementara itu Bernama melaporkan Pemimpin-pemimpin politik Pulau Pinang rata-rata menyokong keputusan k untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti 31 Mei ini.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berpendapat keputusan itu bijak.

"Pilihan raya kecil di Penanti ini adalah satu pilihan raya ciptaan dan bukannya disebabkan kematian wakil rakyat dan BN tidak seharusnya mengikut rentak pembangkang," katanya kepada Bernama.

Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.

"Dalam masa sembilan bulan, Permatang Pauh mengadakan dua kali pilihan raya kecil bermula dengan Permatang Pauh tahun lalu oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu mudah walaupun sihat, menyerahkan jawatan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata pihak Umno negeri menyokong dan hormat kepada keputusan pucuk pimpanan.

Kerusi DUN itu kosong berikutan peletakan jawatan Adun Mohammad Fairus Khairuddin pada 19 Mac.

Di Johor Baharu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata, "Tindakan BN (tidak bertanding) adalah bijak kerana ia tidak mengikut gendang paluan pembangkang yang membazirkan wang rakyat seperti kos Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis dan lain-lain".

"Membuang masa, tenaga dan menyusahkan rakyat, malahan menipu dan mempermainkan mandat rakyat yang telah diberikan sebelum ini. Kita mempunyai banyak agenda negara yang lebih penting," katanya kepada Bernama.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pontian berkata perbuatan pembangkang di Penanti sama seperti dilakukan ketika pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Permatang Pauh dulu.

BN katanya, tidak pernah gentar untuk berdepan dengan pembangkang dalam pilihan raya tetapi menegaskan siri peletakan jawatan bertujuan mengadakan pilihan raya kecil dengan alasan-alasan tidak munasabah ini perlu dihentikan.

"Kita yakin rakyat yang berfikiran panjang akhirnya akan muak dan jemu dengan permainan politik seperti ini," kata Ahmad.

Di KUALA LUMPUR, Pemuda Barisan Nasional (BN) menyokong penuh keputusan pucuk pimpinan BN untuk tidak bertanding di DUN Penanti.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata BN tidak perlu "menari mengikut rentak" pembangkang dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

Beliau berkata Pemuda BN sedar barisan pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai agenda tersendiri termasuk menyembunyikan masalah dalaman yang dihadapi parti-parti komponennya sejak kebelakangan ini.

"Kita juga sedar, apa yang dilakukan pembangkang sekarang ialah mempolitikkan keadaan dan seterusnya cuba meraih populariti melalui pilihanraya kecil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas Pemuda BN Isnin malam. -18/5/2009

11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje..


SIRI SATU

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.
Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.


Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.



Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina.

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 20/5/2009


Melayu Peluk Babi
METRO

TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.

Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Nik Aziz setuju konsep Satu Malaysia

KOTA BHARU 16 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merupakan satu 'gerakan Islam'.

Beliau berkata, konsep seumpama itu turut diperjuangkan oleh Pas melalui konsep Pas Untuk Semua yang ternyata mulai diterima meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

''Sebab itulah kita buat Pas For All (Pas Untuk Semua), sudah lama konsep Satu Malaysia ini kita buat.. begitu juga DAP yang sebut Malaysian Malaysia," dakwa beliau.

Beliau menarik perhatian tiada sebuah negara di Asia yang dapat mengamalkan Islam secara tepat selain Malaysia dengan kelebihannya mempunyai pelbagai kaum.

Katanya lagi, titik pertemuan sebenar antara semua kaum ini hanyalah melalui Islam kerana kaum lain tidak dapat menerima ketuanan Melayu melainkan ketuanan Islam.

''Dengan cara ini, tidak akan ada mana-mana kaum rasa terpinggir. Orang bukan Islam tidak semestinya masuk Islam, asalkan dapat menerima Islam sudah cukup baik,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penjelasan Najib mengenai konsep Satu Malaysia yang diumumkan sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.

Najib hari ini dilaporkan berkata, konsep itu antara lain bererti rakyat berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan keluar daripada bertindak dalam tembok etnik sekian lama di samping saling percaya dan menghormati.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, konsep Satu Malaysia suatu yang mengelirukan ketika UMNO yang mendokong pemerintahan, sentiasa menekankan konsep Ketuanan Melayu.

Menyentuh mengenai saranan Perdana Menteri supaya semua anggota politik bersikap rendah hati ketika bekerja, Nik Abdul Aziz berkata, ia sebahagian daripada tuntutan Islam.

Katanya, saranan itu wajar diikuti kerana ia mampu mengawal wakil-wakil rakyat daripada bersifat bongkah atau sombong, mengabaikan tugas serta kewajipan.

"Rendah diri, jangan ego. Rendah diri ini wajib, hina diri pula haram. Pendekatan kepada Islam kami sambut baik. Biar kita balik kepada Islam," katanya.

Tegas beliau, bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat, terutamanya masyarakat tradisional, amat cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri.


Sumber : Utusan
1 Malaysia

1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.

Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.

Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

- Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak



BN Sedia Bekerjasama Tangani Kemelut Politik Perak - Najib

PEKAN, 10 Mei -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Perdana Menteri berkata kerjasama kedua-dua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

"Kerjasama tidak semestinya bererti kita buat kerajaan campuran, tidak semestinya bentuk itu, ia boleh dalam pelbagai bentuk, yang penting sekali saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno bahagian Pekan, di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam yang sedia mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Najib menegaskan kemelut politik di Perak boleh dielakkan sekiranya semua pihak mematuhi undang-undang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Maknanya kerjasama dalam konteks urusan pentadbiran negara, kalau kita menghormati undang-undang, semua pihak juga perlu mematuhi undang-undang, sebenarnya kalau kita semua ikut peraturan, tak ada kemelut, kalau menghormati peraturan dan undang-undang negara, tak akan jadi kemelut, bila masing-masing menegakkan benang basah, jadilah masalah," katanya.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersikap terbuka dan mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Kita tidak mahu keadaan ini (di Perak) berterusan, kita hendak berkhidmat kepada rakyat, untuk semua kaum di Perak dan seluruh negara," kata Najib.

Mengulas mengenai Majlis Tertinggi Parti Progresif Rakyat (PPP) yang meluluskan usul memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah kerana didakwa terbabit politik wang, Najib berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu perkara berkenaan.

"Saya tak tahu apa-apa (berhubung perkara itu) melainkan menerusi akhbar," kata Najib.

Ditanya kedudukan Murugiah dalam kabinet, Najib berkata: "Saya kena fikir dulu".--

BERNAMA
Kempen PAS dalam PRK


UMNO Perlu Kekal Relevan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM dan ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mei - UMNO perlu berada di barisan hadapan dan sentiasa diremajakan bagi memastikan ia terus kekal sebagai parti yang relevan walaupun sudah mencecah usia 63 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu mesti diberi perhatian serius oleh barisan kepimpinan dan para ahli bagi membolehkan UMNO mengharungi suasana politik yang semakin mencabar.

Katanya, semua pihak perlu melipatgandakan usaha dan bukannya sekadar bernostalgia mengenai pencapaian lampau parti kerana ia tidak membawa sebarang erti.

"Dalam kedewasaan usia 63 tahun, ahli UMNO tidak harus bernostalgia sebaliknya perlu memastikan parti sentiasa berada di barisan hadapan.

"UMNO mesti diremajakan bagi memastikan ia terus relevan, dalam hal ini kepimpinan harus menterjemahkan komitmen mereka terutama dalam keadaan yang makin mencabar hari ini, saya harap ini dapat difahami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan 63 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Majlis berkenaan dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, saranan Presiden supaya ahli UMNO berani membuat perubahan perlu disambut oleh semua pihak.

Katanya, budaya kecemerlangan dan budaya kuat bekerja perlu disuburkan di dalam UMNO dan ia mesti dijadikan pegangan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, UMNO perlu terus melakar kecemerlangan selari dengan peningkatan usianya yang sudah mencecah 63 tahun.

"Ahli-ahli mesti menterjemahkan hasrat Presiden dan menyebarluaskan budaya kecemerlangan dan budaya bekerja dengan kuat.

"Semua pihak perlu sedar bahawa mereka tidak boleh lagi bersikap ambil mudah dan cepat selesa dengan apa yang telah kita miliki," katanya.
SUKAN
Dunia Terus Ditawan
Kosmo - 12 Mei 2009

PEMAIN skuasy wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David terus gagah di persada dunia.

Kelmarin, dia menggenggam gelaran juara pada Kejohanan Skuasy Terbuka Cayman Islands selepas menewaskan pilihan kedua, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan Grainger 11-8, 11-6, 11-5.

Lebih menarik, kemenangan itu juga menepati sasaran Nicol yang mahu menebus kekecewaannya selepas ditewaskan oleh pemain yang sama pada perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur Mac lalu.

“Perlawanan ini dianggap penampilan terbaik saya pada tahun ini. Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini.

“Dia (Grainger) beraksi dengan cukup baik, namun saya berjaya mengatasinya kerana saya memberi lebih fokus pada perlawanan ini,” katanya.

Perlawanan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$37,500 (RM137,625) itu merupakan penampilan ke-50 Nicol dalam Jelajah WISPA.

Nicol berkata, misi utamanya pada perlawanan tersebut adalah untuk mengurangkan kesilapan kerana Grainger merupakan seorang pemain yang cepat dan bijak membaca rentak lawan.

“Saya perlu konsisten dan terus memberi tentangan,” katanya.

Sementara itu, Grainger mengakui, Nicol beraksi lebih cemerlang sepanjang perlawanan itu dan memang sukar untuk ditewaskan.

“Saya bermula baik tetapi gagal mengekalkan rentak cemerlang itu.

“Pukulan saya juga kurang tepat dan kelemahan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Nicol untuk mencatat kemenangan. Nicol memang berhak memenangi perlawanan ini,” katanya.
Peluang Malaysia 50-50

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN - Kapten pasukan hoki negara, Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor menyifatkan peluang Malaysia untuk memenangi perlawanan sulung menentang Korea Selatan pada Kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Wisma Belia, di sini esok, sebagai 50-50.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu mencipta kemenangan kerana pernah menewaskan Korea Selatan sebelum ini.

''Walaupun dari segi fizikal dan ketangkasan bermain, mereka lebih baik tetapi kita pernah mengalahkan mereka sebelum ini.

''Kita pernah kalah dan menang dengan Korea Selatan malah pernah juga seri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Teluk Chempedak di sini semalam.

Menurut Mohd. Madzli, skuad negara telah membuat persiapan rapi menjelang perlawanan kali ini sejak awal tahun lalu di bawah jurulatih, Tai Beng Hai.

''Kita akan bermain bermati-matian kali ini dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.

''Saya yakin kita boleh menang. Jika dilihat pada prestasi sebelum ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah, kita mendapat tempat kedua," ujarnya.

Pencapaian pada Piala Sultan Azlan Shah itu akan dijadikan batu loncatan untuk meraih kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Dengan prestasi mantap yang ditunjukkan pada sesi latihan. Malaysia dilihat mempunyai peluang yang cerah ke separuh akhir, ujarnya.

''Saya berharap pasukan kita tidak akan kehilangan mata dan berjaya mengalahkan pasukan seperti Jepun dan Bangladesh.

''Jika itu yang berlaku, peluang kita amat cerah," jelasnya.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia disenaraikan bersama Korea Selatan, Jepun dan Bangladesh dalam Kumpulan A.
UMNO Negeri Serah Senarai Calon Penanti
UTUSAN MALAYSIA - 8hb Mei 2009

BUKIT MERTAJAM 7 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu membuat keputusan mahu meletak calon bertanding di Penanti.

Katanya, UMNO negeri juga telah menyerahkan cadangan dan pandangan sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Menurut Zainal Abidin, sekiranya BN memutuskan untuk meletakkan calon di Penanti, UMNO Pulau Pinang tidak ketandusan calon.

"Senarai nama telah diserahkan dan kita akan tunggu keputusannya pada 18 Mei nanti.

"Bagaimanapun, nama-nama calon yang dicadangkan itu bukanlah di kalangan mereka yang kalah sebanyak tiga kali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampung Samagagah dan Padang Tembusu, Penanti, bagi melihat bantuan membaiki bumbung rumah mangsa ribut pada 20 April lalu, siap dilaksanakan.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abd. Jalil Abd. Majid.

Menurut Zainal Abidin, sehingga hari ini, pendirian UMNO negeri berhubung Penanti adalah terpulang kepada pucuk pimpinan parti itu.

Katanya, apa sahaja keputusan sama ada bertanding atau tidak, UMNO negeri akan akur.

Namun, jelasnya, dari segi ciri-ciri calon yang disarankan untuk bertanding di Penanti, dia adalah anak tempatan yang mengenali penduduk dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Sidang DUN Perak Kecoh
Utusan Malaysia - 08 Mei 2009

KHAMIS
IPOH 7 Mei – Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.

Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.

Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.

Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.

Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.

Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.

Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.

Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.

Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.

Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.

Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.

‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.

‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.
Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.

Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.

Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.

Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.

Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.

Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.

Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.

Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.

Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.

Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.

Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.

Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.

Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.

Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.

Selepas baginda berjumpa dengan Mohammad Nizar dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, pembangkang dilihat mula mematuhi peraturan Dewan.
Apa Nak Jadi Dengan Sidang DUN Perak??

Hari ini bermula satu lagi episod Politik di Perak dengan Persidangan yang kelam-kabut dan haru-biru.. Sampai bilakah Krisis Politik Perak akan menemui noktah ataupun jalan penyelesaian..
Ganeson Dilantik Sebagai Speaker
07/05/2009 12:38pm UTUSAN MALAYSIA

IPOH 7 Mei - Bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganeson dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang baru tetapi V. Sivakumar masih tetap enggan berganjak dari tempat duduk speaker.
Jatidiri Pas Boleh Terhakis
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 5 Mei - Jati diri Pas sebagai parti Islam yang konsisten diramalkan terhakis secara perlahan-lahan sekiranya kemaraan golongan pro-Anwar untuk menduduki jawatan utama parti itu gagal disekat.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, golongan yang semakin berpengaruh itu telah dipergunakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) untuk meliberalkan Pas.

Katanya, gerakan itu bertujuan membuka laluan kepada penyatuan antara Pas dan PKR bagi merealisasikan cita-cita politik Anwar.

"Antara kedua-dua parti itu terlalu banyak titik perbezaan, jadi Pas perlu dineutralkan supaya menjadi liberal seperti PKR bagi memudahkan mereka bersatu kelak.

"Pengaruh ulama dikurangkan supaya lebih mudah ideologi dan prinsip perjuangan Pas dilenturkan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyudin Hassan yang membidas golongan pro-Anwar kerana menyalahkan Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

"Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang Presiden dan Timbalan Presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar," katanya.

Mohamad Mustapha berkata, kemaraan golongan pro-Anwar akan menyebabkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hilang kawalan terhadap parti.

Katanya, mereka akan 'mengepung' Abdul Hadi dari segenap penjuru sehingga beliau terasing dan tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

"Abdul Hadi akan 'terumbang-ambing' berseorangan kerana pemimpin utama parti lebih mendengar cakap Anwar," katanya.

Beliau berkata, usaha untuk meliberalkan Pas telah dilakukan secara terancang sejak Anwar disingkirkan daripada UMNO lagi.

Katanya, antaranya ialah dengan membawa masuk bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) dan individu yang mengagumi Anwar ke dalam Pas dan mereka kini berjaya memegang jawatan-jawatan strategik.

"Ulama juga berpecah dua, ada yang bekas ABIM seperti (Pesuruhjaya Pas Pahang), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan (Pesuruhjaya Pas Perak) Ahmad Awang.

"Bagaimanapun, ramai ahli Pas tidak sedar dengan gerakan pro-Anwar ini, hanya orang yang faham permainan politik Anwar seperti Abdul Hadi sedar mengenainya," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Anwar dengan kelicikan strategi politiknya telah berjaya 'mengPKRkan' Pas melalui proksi seperti Datuk Kamaruddin Jaafar yang memegang jawatan Setiausaha Agung parti itu.

Katanya, dengan cara itu, nada perjuangan Pas dapat disederhanakan bagi mengelakkan merudumnya sokongan rakyat berbilang kaum kepada pakatan pembangkang.

"Memang Pas dipengaruhi oleh Anwar dan kelompok penyokongnya dalam parti itu sudah bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Pas.

"Ia tidak mengejutkan kerana sebelum Anwar menyertai UMNO pada awal 80-an, Pas amat berharap Anwar menyertai perjuangan mereka," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory berkata, sejurus tersingkir daripada UMNO, Anwar tidak menyertai Pas mungkin disebabkan oleh kes-kes mahkamah yang boleh menjejaskan parti itu.

"Kalau beliau terus menyertai Pas, adalah tidak mustahil Anwar sudah memegang jawatan presiden, dulupun sudah ada usaha ke arah itu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers