Photobucket

Tun Dr Mahathir Canselor Pertama Universiti Perdana


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Canselor pertama Universiti Perdana, institusi pengajian tinggi yang dibangunkan menerusi projek kerjasama awam swasta, diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC).

Pelantikan Dr Mahathir itu dibuat pada majlis pelancaran universiti yang dirancang menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan, disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan MAEPS, Kompleks MARDI, Serdang, semalam.

Ketika ini Universiti Perdana memiliki Sekolah Perubatan Graduan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) yang masing-masing menawarkan kursus pengajian empat dan lima tahun.

Dr Mahathir berharap kerjasama dengan dua universiti terkemuka dunia itu akan mempercepatkan perkembangan Universiti Perdana sebagai hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Malah, katanya dengan kerjasama itu, sesebuah universiti akan diiktiraf oleh pihak lain dan berjaya menarik pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan.

Katanya, penubuhan universiti itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan aliran keluar pakar selain menjimatkan kos pengajian jika penuntut belajar di Amerika Syarikat atau Ireland.

BERITA HARIAN - 13 SEPT 2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers