Photobucket

Pecah Tembelang... Dakwaan Pekerja Bangla Jadi Pengundi

Boleh dibayangkan betapa terdesaknya pembangkang mahu meyakinkan orang ramai bahawa pilihan raya di Malaysia tercemar dan ‘kotor’.

Sampaikan benda yang tak masuk akal pun boleh dibuat berita. Terbaru tentang (kononnya) kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bahawa rakyat negara itu boleh dapat status warganegara dengan mudah jika undi parti kerajaan.

Kenyataan PM Bangladesh itu dilaporkan oleh organ PKR, Suara Keadilan, yang entah dari mana sumbernya, sehingga menyebabkan ada ahli parlimen parti itu sendiri ‘melompat’ hendak minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat perkara tersebut.

Berdasarkan pemerhatian Agendadaily, berita bohong itu berpunca dari sebuah laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh yang digodam pihak tidak bertanggungjawab dan menyiarkan kenyataan Hasina.

Suara Keadilan, yang entah bagaimana tahu, bahawa laman web tersebut ada siar kenyataan itu telah menjadikan ia berita tanpa memeriksa sumber kesahihah atau bertanya kepada Kedutaan Bangladesh di Malaysia.

Kisah itu kemudiannya menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahma memberikan komen bahawa ia “mengarut” dan adalah kerja orang “gila”.

Menurut beliau, kerajaan Bangladesh mahupun pejabatnya tidak menyedari mengenai artikel itu, mahupun melihat atau membaca kandungan seperti yang didakwa.

"(Isu) ini tidak berasas dan bermotif jahat. Ada pihak yang mahu menghancurkan hubungan baik di antara Bangladesh dan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan media pada Isnin memaklumkan hanya 37 orang rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan negara ini sejak 1998 hingga Ogos 2011.

“Daripada jumlah tersebut, hanya empat belas layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih,” kata ketua pengarahnya Datuk Juriah Mohd Said.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menafikan berita yang disiarkan Suara Keadilan itu sebagai satu pembohongan.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang.

"Kita tidak ada bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihanraya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia keluar mengundi. Kalaupun benar dia mengundi, kertas undi dia masuk tong dan kita tak tahu siapa yang dia pangkah,”ujar beliau.

AGENDA DAILY-19/9/2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers