Photobucket

Air Mata Ibu – Azmin Tidak Mengaku Salahnya

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil pendekatan dan jawapan politik berkaitan kekecewaan yang diluahkan ibunya baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan media menyiarkan luahan hati ibunya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) sudah semakin hampir.

Beliau juga seperti biasa mengambil jalan mudah dengan menyalahkan UMNO dalam hal melibatkan kekecewaan orang tuanya itu.

Azmin menyifatkan itu cara UMNO untuk meraih undi tanpa menjelaskan apa yang akan dibuat beliau selepas ibunya mengalirkan mata atas sikapnya selama ini.

Beliau memberitahu demikian kepada kumpulan pemberita selepas satu majlis di AU3, Keramat di sini sebentar tadi.

Semalam, Mynewshub menyiarkan luahan kekecewaan Che Tom Yahaya, 78, dengan sikap Azmin yang tidak mahu datang melawatnya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

“Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” katanya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

“Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

“Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

1 comments:

Anonymous said...

Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers