Photobucket

Durian Runtuh Kepada 112,000 Peneroka Diumum Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 30,000 peneroka dan waris mereka dijangka akan menyambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut pagi ini.

Pada perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan durian runtuh yang pastinya akan mengembirakan kira-kira 112,000 peneroka dan waris mereka di seluruh negara.

Ucapan dan pengumuman itu akan disiarkan secara langsung pukul 10.30 pagi melalui saluran RTM1 dan TV3.

Kaedah pengagihan sumbangan juga akan diumumkan sekali.

Seramai 11 wakil peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara akan hadir menerima replika cek durian runtuh secara simbolik daripada Perdana Menteri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad akan turut hadir.

Dalam ucapannya, Najib dijangka akan menjawab pelbagai isu berkaitan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dan tohmahan serta fitnah yang dilempar pembangkang selama ini.

Pembayaran durian runtuh dijangka akan dibuat dalam dua peringkat.

Jumlahnya yang akan diumumkan dijangka cukup untuk peneroka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers