KUALA LUMPUR – Bersih 3.0 membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat India sudah meninggalkan pembangkang dan kembali menyokong kerajaan.
Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Senator Datuk Nallakaruppan berkata, memang ada masyarakat India yang menyertai Bersih 3.0, tetapi jumlah mereka amat sedikit terutama jika dibandingkan dengan Bersih 2.0.
“Bersih 2.0 memang ramai orang India, tapi Bersih 3.0 kita tengok berapa orang sahaja yang ada,” katanya dalam temubual khas di RTM1 pagi ini.
Beliau berkata, masyarakat India tidak lagi memilih untuk bersama pembangkang kerana permintaan mereka kini sebahagian besarnya dilayan oleh kerajaan.
“Perdana Menteri sekarang baik orangnya, mintak apa-apa, hampir 60 peratus akan dipenuhi, kadang-kadang sampai 100 peratus pun diberikan,” katanya.
Jelasnya, tahun 2008 menyaksikan undi masyarakat India pergi kepada pembangkang, namun yakin ia tidak akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.
0 comments:
Post a Comment