Photobucket

Bersyukurlah...

ISU HUDUD : Beranikah PAS dan PKR Langkah Mayat Karpal?

Windows Phone 7.5 Dijangka Tiba Ke Malaysia Beberapa Bulan Lagi



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Microsoft (M) Sdn. Bhd., satu anak syarikat Microsoft Corp, menjangka produk terbaharunya, Windows Phone 7.5, yang sebelum ini diberi nama kod “Mango”, akan tiba di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Danny Ong berkata, Windows Phone 7 mempunyai ciri-ciri jaringan sosial yang dikemas kini yang dibina ke dalam platform, iaitu satu web menggelintar yang canggih dengan menggunakan Internet Explorer 9 dan Internet Sharing bagi pengguna mengekalkan peranti yang dihubungkan di mana-mana, bila-bila masa, dengan menawarkan pengguna pengalaman yang mudah dan berterusan pada keseluruhan platform dan peranti.

"Dengan pengenalan Windows Phone 7.5, kami membawa inovasi selangkah ke hadapan bagi menawarkan pengalaman yang mendalam yang canggih, intuitif dan menggembirakan untuk menggunakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BERNAMA

7 Wasiat Raja-Raja Melayu


HUDUD : PAS Vs DAP

Analisa Video Anwar

Kepala Otak Mu "PAS For All"

DAP Gantung Keahlian ManoHARAM

Samada ini sandiwara atau satu langkah 'damage control' DAP terhadap keterlanjuran ahlinya, pada Jumaat, Jawatankuasa disiplin DAP telah menggantung keanggotaan ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan selama enam bulan berhubung kenyataannya bahawa Jalur Gemilang perlu ditukar.

Pengerusinya Tan Kok Wai berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa itu di ibu pejabat parti.

"Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius. Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu," katanya.

Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

Beberapa pemimpin BN mempersoalkan sikap DAP yang membisu berhubung perkara itu dan mencabar parti itu supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Manoharan.

Ketika dihubungi, Manoharan berkata beliau akan merayu terhadap tindakan itu tetapi enggan mengulas.

AGENDA DAILY

UMNO Perlu Bawa Transformasi Untuk Bertahan - Najib

KUALA LUMPUR 22 Sept. - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi parti yang moden, progresif dan mampu membawa transformasi yang besar kepada negara untuk bertahan lama sebagai sebuah parti politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap pada sambutan Aidilfitri Merdeka Raya Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN perlu memberi gambaran sebagai satu-satunya parti yang mendahului pembaharuan untuk negara dan bukannya pembangkang.

"Sebab itulah sebagai sebuah parti politik kita jangan takut untuk berada di barisan saf hadapan untuk menangani perubahan demi perubahan,” katanya.

Beliau turut mengaitkan perubahan itu dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menurutnya, bukan berdasarkan desakan pembangkang.

"Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana permintaan pembangkang. Kini saya tunaikan janji dengan pemansuhan ISA yang akan digantikan dengan dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang akan diambil,” katanya.

BERNAMA

Jawatankuasa Terpilih : Wakil BN Wakili Semua Kaum Terbesar

PUTRAJAYA 22 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama lima Anggota Parlimen Barisan Nasional mewakili semua kaum terbesar bagi menganggotai Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji dan menambah baik sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (wakil bagi Sabah dan Kadazan) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut.

Empat yang lain ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (wakil UMNO dan Melayu), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga di sini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata, senarai nama itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Muhyiddin juga berkata, beliau gembira dengan keputusan pembangkang untuk menyertai jawatankuasa itu.

“Kita mahu semua pihak terlibat, bukan hanya komponen Barisan Nasional. Bila saya membaca pengumuman pihak sana pun (pembangkang) bersetuju, saya fikir itu bagus sebab proses jawatankuasa itu boleh berjalan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, bukan satu pihak sahaja,” katanya.

Muhyiddin berkata usul mengenai pembetukan jawatankuasa itu akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober ini.

Jawatankuasa itu dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.

Ketika mengumumkan pembetukan jawatankuasa itu pada 15 Ogos lepas, Najib berkata, ia akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

BERNAMA

Bila Anwar Nak Bersumpah?

Anwar Di Ampang Apartment


Mat Indera Vs Mat Sabu

Kelayakan Olimpik : Malaysia Kecundang Di Tangan Jepun

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Malaysia kecundang 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pusingan akhir kelayakkan Olimpik di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun, sebentar tadi.

Pemain tengah Jepun, Keigo Higashi membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 sebelum Ryohei Yamazaki menggandakan kedudukan itu pada minit ke-77.

UTUSAN MALAYSIA

Ramai Mengkafir Sesama Islam Kerana Politik - Mahathir

Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

POLITIK HARIAN

Pecah Tembelang... Dakwaan Pekerja Bangla Jadi Pengundi

Boleh dibayangkan betapa terdesaknya pembangkang mahu meyakinkan orang ramai bahawa pilihan raya di Malaysia tercemar dan ‘kotor’.

Sampaikan benda yang tak masuk akal pun boleh dibuat berita. Terbaru tentang (kononnya) kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bahawa rakyat negara itu boleh dapat status warganegara dengan mudah jika undi parti kerajaan.

Kenyataan PM Bangladesh itu dilaporkan oleh organ PKR, Suara Keadilan, yang entah dari mana sumbernya, sehingga menyebabkan ada ahli parlimen parti itu sendiri ‘melompat’ hendak minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat perkara tersebut.

Berdasarkan pemerhatian Agendadaily, berita bohong itu berpunca dari sebuah laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh yang digodam pihak tidak bertanggungjawab dan menyiarkan kenyataan Hasina.

Suara Keadilan, yang entah bagaimana tahu, bahawa laman web tersebut ada siar kenyataan itu telah menjadikan ia berita tanpa memeriksa sumber kesahihah atau bertanya kepada Kedutaan Bangladesh di Malaysia.

Kisah itu kemudiannya menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahma memberikan komen bahawa ia “mengarut” dan adalah kerja orang “gila”.

Menurut beliau, kerajaan Bangladesh mahupun pejabatnya tidak menyedari mengenai artikel itu, mahupun melihat atau membaca kandungan seperti yang didakwa.

"(Isu) ini tidak berasas dan bermotif jahat. Ada pihak yang mahu menghancurkan hubungan baik di antara Bangladesh dan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan media pada Isnin memaklumkan hanya 37 orang rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan negara ini sejak 1998 hingga Ogos 2011.

“Daripada jumlah tersebut, hanya empat belas layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih,” kata ketua pengarahnya Datuk Juriah Mohd Said.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menafikan berita yang disiarkan Suara Keadilan itu sebagai satu pembohongan.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang.

"Kita tidak ada bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihanraya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia keluar mengundi. Kalaupun benar dia mengundi, kertas undi dia masuk tong dan kita tak tahu siapa yang dia pangkah,”ujar beliau.

AGENDA DAILY-19/9/2011

Mister Potato Tandatangani Penajaan Manchester United

MANCHESTER: Snek kentang tempatan, Mister Potato bakal menghiasi gelanggang keramat kelab bola sepak Manchester United di Old Trafford tidak lama lagi.

Jenama snek popular itu akan terpampang di papan-papan digital di sekeliling stadium tersebut pada setiap kali perlawanan Liga Inggeris berlangsung selepas termeterainya perjanjian penajaan pada Ahad.

Penajaan itu dilancarkan oleh pengurus United Sir Alex Ferguson dan Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker Datuk Pang Tee Chew di hadapan tetamu kehormat dan media di sini.

“Sebagai rakan snek kepada Manchester United, kami dapat memberikan peluang kepada peminat di Malaysia untuk menikmati ‘Ultimate Man Utd Experience’ dengan menawarkan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan secara langsung di Old Trafford, memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani dan bertemu pemain-pemain kegemaran mereka,” kata Pang.

“Kami juga mampu untuk membawa bintang-bintang legenda Manchester United ke Malaysia untuk bertemu peminat yang tidak berpeluang ke England.

“Penajaan awal bersama MU adalah bagi tempoh tiga tahun tapi kami berhasrat untuk melanjutkan tempoh tersebut,” tambahnya.

Pang berkata, Mamee yakin bahawa imej dan wajah bintang-bintang MU seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs dan Park Ji-sung pada bungkusan produk Mister Potato akan meningkatkan nilai eksport dan syer pasarannya.

Syarikat itu yang meraih keuntungan sebanyak RM483.8mil tahun lalu melaburkan sejumlah RM130mil untuk mengembangkan kapasiti produksinya.

Menjadi produk snek kentang nombor satu, Mister Potato memiliki lebih daripada 30 peratus dalam jumlah perniagaan makanan di Malaysia dan dieskport ke lebih 80 negara.

Penajaan itu dijangka menelan kos RM10 juta setahun denngan lawatan daripada eksekutif kelab bola sepak itu ke kilang Mamee di Melaka bagi memastikan kelayakan syarikat itu sebagai penaja.

Ferguson menambah keceriaan apabila mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi destinasi utama menjelang kunjungan kelab itu ke Timur Jauh pada musim panas depan.

“Malaysia berada dalam senarai utama kerana kami menyedari sokongan kuat di sana,” katanya sambil melahirkan kegembiraan apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan peminat kelab itu, berkunjung ke Old Trafford musim lalu.

MStar


1MDB Taja 111 Imam & Pengerusi JKKK Tunaikan Haji

PUTRAJAYA 19 Sept – Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), kerajaan hari ini menyampaikan surat tawaran kepada 111 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.
Surat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK seluruh negara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis di Seri Perdana di sini.

Najib turut menghulurkan sumbangan peribadi RM1,000 seorang kepada 111 bakal haji itu.

Dalam ucapannya, Najib berkata, langkah mengadakan program yang julung kali itu adalah kerana kerajaan sedar betapa besarnya peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang juga merupakan ketua kampung kepada masyarakat.

"Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini memartabatkan kedudukan serta kebajikan imam-imam dan ketua kampung.

"Program ini merupakan satu lagi cara atau kaedah bagi kerajaan untuk menghargai peranan imam dan ketua kampung di mana melalui program ini kita membiayai sepenuhnya kos mengerjakan haji bagi 111 imam dan ketua kampung,” katanya.

Perdana Menteri berkata, bakal-bakal haji yang terpilih itu merupakan mereka yang belum pernah menunaikan ibadah tersebut dan tarikh pemergian mereka ke Tanah Suci akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Program menaja para imam, ketua kampung dan orang ramai yang layak dipertimbangkan untuk menunaikan fardu haji itu akan menjadi program tahunan 1MDB, katanya.

BERNAMA

ManoHARAM Sekai Lagi Bersikap biaDAP!

Sebelum ini, ADUN Kota Alam Shah ini telah mempersendakan Doa Umat Islam. Sungguh Biadap!

Kali ini sekali lagi beliau muncul dengan kebiadapannya mempersendakan JALUR GEMILANG.

Bukan itu sahaja, beliau juga dengan beraninya menyuarakan hasrat untuk menggantikan Jalur Gemilang kebanggaan negara ini dengan bendera yang lain.

Selamat Hari Malaysia

Ada Kejutan Yang Bakal Diumum PM..?

Khabarnya Perdana Menteri akan umum beberapa isu penting dalam perutusan khas nya sempena sambutan Hari Malaysia. Benarkah?

Sama-sama kita saksikannya jam 8.45 malam ini secara langsung menerusi semua saluran tv utama negara.

PROTON Perkenal Kenderaan Elektrik

Selamat Hari Malaysia

Malaysia-Brunei Perkukuh Kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN 12 Sept. – Malaysia dan Brunei bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sektor minyak dan gas menerusi satu perjanjian serta tiga Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Rundingan Tahunan ke-15 antara ketua kerajaan kedua-dua negara di sini malam ini.

Kerjasama itu dimeterai dalam MoU yang membolehkan Petronas serta Syarikat Petroleum Nasional Brunei (PetroleumBRUNEI) meneroka bersama sumber minyak di dalam Blok N dalam wilayah Brunei menerusi kontrak berkongsi hasil pengeluaran.

Kerjasama itu dimeterai dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, di sini malam ini.

Kedua-dua pemimpin dalam kenyataan bersama mereka yang dikeluarkan selepas pertemuan empat mata turut membincangkan pelaksanaan projek bersama membina Jambatan Sungai Pandaruan yang menghubungkan Limbang di Malaysia dengan Temburong, Brunei.

Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah pada pertemuan itu turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan jambatan berkenaan yang ditandatangani oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor dengan Menteri Komunikasi Brunei, Datuk Seri Setia Awang Abdullah Begawan.

Shaziman dan Awang Abdullah dijadual menghadiri majlis pecah tanah projek berharga RM25 juta itu di Temburong esok.

Projek itu memberi makna yang besar kepada rakyat di sempadan kedua-dua negara sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan di kawasan tersebut khususnya pada waktu puncak.

Pada masa ini, kerajaan Malaysia dan Brunei bekerjasama menanggung kos operasi feri di sungai tersebut dengan caj minimum RM8 untuk kenderaan persendirian dan maksimum RM150 untuk kenderaan berat.

Turut sama dalam delegasi Malaysia sempena Rundingan Tahunan ke-15ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

UTUSAN MALAYSIA

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011

Selamat menduduki peperiksan UPSR 2011 diucapkan kepada lebih 490,000 pelajar calon di seluruh negara. Semoga Allah membuka pintu hati buat semua calon agar dipermudahkan untuk menjawab semua soalan dan mencapai kecemerlangan...

Kuota Haji Malaysia Ditambah.. Alhamdulillah...

Malaysia dapat tambahan kuota haji sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk bolehkan 28,000 jemaah tunaikan haji tahun ini - Jamil Khir

Tun Dr Mahathir Canselor Pertama Universiti Perdana


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Canselor pertama Universiti Perdana, institusi pengajian tinggi yang dibangunkan menerusi projek kerjasama awam swasta, diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC).

Pelantikan Dr Mahathir itu dibuat pada majlis pelancaran universiti yang dirancang menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan, disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan MAEPS, Kompleks MARDI, Serdang, semalam.

Ketika ini Universiti Perdana memiliki Sekolah Perubatan Graduan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) yang masing-masing menawarkan kursus pengajian empat dan lima tahun.

Dr Mahathir berharap kerjasama dengan dua universiti terkemuka dunia itu akan mempercepatkan perkembangan Universiti Perdana sebagai hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Malah, katanya dengan kerjasama itu, sesebuah universiti akan diiktiraf oleh pihak lain dan berjaya menarik pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan.

Katanya, penubuhan universiti itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan aliran keluar pakar selain menjimatkan kos pengajian jika penuntut belajar di Amerika Syarikat atau Ireland.

BERITA HARIAN - 13 SEPT 2011

MYVi Extreme 1.5 Akan Berada Di Pasaran

Model Terbaru MYVi bakal diperkenal 15 September ini


Facebook Bukan Ukuran Keinginan Majoriti Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Sept — Kemunculan banyak laman Facebook menuntut pelbagai tindakan ke atas sesuatu isu tidak boleh menjadi ukuran kehendak majoriti rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata jumlah orang yang klik butang like pada laman berkenaan tidak boleh dijadikan ukuran kerana berkemungkinan ia didatangi daripada orang yang sama atau kelompok yang sama.

"Bagaimanapun, pihak berkaitan perlu sentiasa mengambil tahu dan mengikuti hujah serta pendapat yang diberikan orang ramai dalam laman berkenaan kerana di situ biasanya dibolehkan untuk meninggalkan komen.

"Ini adalah satu perkembangan yang sihat kerana menyediakan tempat untuk orang ramai bersuara, bagaimanapun saya bimbang jika laman Facebook sebegini digunakan sesetengah pihak untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BERNAMA - 12 SEPT 2011

Cukai 6% Caj Telefon Prabayar Ditangguh - Rais


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat.

UTUSAN MALAYSIA

ISU MURTAD DI SELANGOR... Apa Kesudahannya..?


ISU MURTAD DI SELANGOR SEMAKIN TERANG DAN JELAS...
Edmund Bon Tai Soon merupakan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM(Human Rights Society). Dan yang paling menariknya ialah, dia merupakan seorang PEGUAM.

Twitternya mengesahkan tentang perkara yang cukup dinafikan oleh DAP dan Pakatan Rakyat iaitu PEMURTADAN ORANG ISLAM di Selangor yang membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama.

Secara berterus-terang, peguam yang berusia 34 tahun ini, mencabar Perlembagaan Malaysia yang menghalang sebarang cara untuk memurtadkan orang Islam walaupun atas nama hak asasi seperti yang cuba digunakan oleh peguam DAP ini.

Berlindung di belakang SUARAM dan HAKAM, pemurtadan yang dikatakan turut didalangi oleh Teresa Kok yang menjadi wakil dan kuasa penentu dalam Kerajaan Negeri Selangor, Edmund Bon yang sudah tentunya juga salah seorang ahli Majlis Peguam, nampaknya tidak gentar dan tidak peduli langsung dengan undang-undang mahupun Perlembagaan Malaysia.

Baca di THE FLYING KICK dan di THE UNSPINNERS

PM Jawab Isu Cukai 6% Telco

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat"

Mat Sabu Perlu Minta Maaf

SHAH ALAM 8 Sept. - Suara bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa gerombolan penyerang Balai Polis Bukit Kepong dalam peristiwa berdarah pada 1950 adalah hero sebenar dan pejuang kemerdekaan semakin memuncak.

Bekas pesara polis berjawatan tinggi hari ini mula membuka mulut selepas memantau perkembangan sejak tercetusnya isu pada penghujung Ramadan lalu yang menyaksikan Mohamad Sabu dan Pas terus mempertahankan kenyataan beliau.

Kenyataan itu mengguris hati sekurang-kurangnya tiga juta suara yang mewakili bekas anggota keselamatan, orang awam dan sanak-saudara mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Tan Sri Samsuri Arshad yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan, pihaknya mahu Mohamad Sabu meminta maaf atas kenyataannya itu dan jangan lagi berdolak-dalik.

"Kami menuntut Mohamad Sabu atau Mat Sabu meminta maaf kepada semua keluarga polis yang mati dalam serangan Bukit Kepong dan pergi (menziarahi) pusara anggota polis dan keluarga mereka yang meninggal dunia dan menghadiahkan Al-Fatihah sebagai bukti Mat Sabu menyesal dengan ucapan beliau itu.

"Kami ingin menyatakan bahawa sebagai pesara polis kami sudah bosan, meluat dan marah dengan pembohongan dan manipulasi serta putar-belit seorang pemimpin Pas iaitu Mat Sabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari; bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan bekas Ketua Polis Balai Daerah Pagoh, Datuk JJ Raj.

Menurut Samsuri, pada pandangan pesara polis dan daripada pengalaman mereka dulu, Mat Sabu ialah rebel rouser iaitu seorang yang cenderung membakar dan menghasut rakyat ke arah pemberontakan atau revolusi.

"Daripada pengakuannya dalam sidang akhbar, beliau mengakui amat meminati Ayatullah Khomeini yang diketahui sebagai pencetus revolusi di Iran. Kami akan bongkar lebih lanjut tentang personaliti Mat Sabu sebagai rebel rouser dalam satu sidang akhbar khusus kelak setelah mengumpul data dan fakta mengenai siapa Mat Sabu sebenarnya.

"Mat Sabu sejak kebelakangan ini semakin rancak melakukan penipuan dan putar-belit fakta. Untuk kepentingan politik, Mat Sabu sanggup berdusta malah memperlekehkan serta menghina perjuangan dan pengorbanan polis," katanya.

Tambah beliau, ucapan Mat Sabu sebagai rebel rouser bukan dilihat dari segi siapa Mat Indera iaitu lelaki Melayu yang turut serta dalam serangan ke atas anggota polis di Bukit Kepong dan juga bukan dari aspek membetulkan fakta sejarah sebaliknya itu semua hanya helah politik.

"Di belakang ucapan Mat Sabu adalah kenyataan berbentuk hasutan, hendak menyampaikan mesej bahawa komunis yang membunuh polis ialah hero. Dalam erti kata lain, Mat Sabu mahu menghasut rakyat bahawa untuk menjadi seorang hero (wira) adalah membunuh polis dengan cara besar-besaran. Itu soal pokok yang tersirat dalam fikiran Mat Sabu," katanya.

Justeru, beliau mahu siasatan dibuat terhadap Pas untuk mengetahui sejauh mana ideologi dan pengaruh komunis menyusup masuk ke dalam parti itu menerusi Mat Sabu.

"Setakat ini Pas tidak membuat kenyataan mengutuk Mat Sabu mahupun mengutuk komunis. Maka kami ingin bertanya adakah idealisme negara berkebajikan Pas sebenarnya adalah sistem negara sosialis berteraskan komunisme," soalnya.

UTUSAN MALAYSIA - 09 SEPT 2011

Bayar WikiLeaks Siar Berita Fitnahkan PM

KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di WikiLeaks.

''Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan di dalam laman web WikiLeaks dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh.

''Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, WikiLeaks dalam laman webnya iaitu dengan berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang berjaya dibocorkan, Anwar tetap akan didapati 'bersalah' kerana meliwat iaitu hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.

Kabel itu melaporkan, Najib dan pemimpin utama UMNO akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar 'boleh diterima'.

Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam.

''Kuan Yew dengan keras menafikan berita tersebut.

''Kredibilitinya juga semakin dipersoalkan apabila pengasasnya turut berhadapan dengan kes serangan seksual yang kini masih dalam proses perbicaraan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya antikerajaan.

''Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya," katanya lagi.

UTUSAN MALAYSIA - 09 SEPT 2011

Bil Perubatan Mat Sabu Bernilai Melebihi RM3K?



BUKIT KEPONG : Bekas POLIS dan TENTERA Gagal Serah Memo Pada PAS

Sekitar 100 orang ahli persatuan bekas polis,tentera dan beberapa NGO gagal menghantar memorandum bantahan kepada Ibu Pejabat PAS untuk membantah kenyataan Mohamad Sabu mengenai Bukit Kepong.

Mereka berkumpul di depan bangunan Ibu Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ.

Kakitangan di pejabat itu enggan menerima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu.

Beberapa orang anggota polis yang berkawal di situ meminta mereka bersurai.

Mereka menyanyi lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" sebelum bersurai.

AGENDA DAILY-8/9/2011

Kenapa Saya Pilih UMNO? - Jamal Abdillah

Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO, Rabu lalu, penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.

Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduhnya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang lakukannya.

Jamal berkata beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.

Beliau sebelum itu menyerahkan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.

Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.

AGENDA DAILY-7/9/2011

ADUN Kota Alam Shah Persenda Islam?



ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam dikatakan mempersendakan Doa umat Islam.


Beliau telah memuat naik sekeping gambar (papan tanda Doa) di laman facebook nya dan menjadikan gambar tersebut sebagai satu bahan kelakar untuk dikongsi dengan beberapa rakannya.


Beliau sebagai seorang waklil rakyat sepatutnya lebih berhati-hati dalam perkara sebegini. Hal yang berkaitan agama sepatutnya tidak boleh dijadikan sebagai bahan senda gurau. Perkara ini dianggap sensitif dan boleh mengakibatkan insiden atau perkara yang lebih buruk berlaku.






baca di sini dan di sini...


Siapa Mat Indera...?

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers