Photobucket

Al-Fatihah... buat Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman

Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Dr. Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di Maju Junction semalam...

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman..



BIODATA

Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman

Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954. Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam.

Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D.

Kerjaya:
Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang
Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)
Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977)
Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984)
Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Penglibatan Politik :
Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
Pengerusi Koperasi Muslimin
Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad
Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca, serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers