Photobucket

Perhimpunan Agung UMNO 2011 : Lisa Surihani Dapat Pengiktirafan Khas



Pelakon Wanita Terbaik FFM Ke-23 dan Bintang Popular ABPBH 2010, Lisa Surihani sekali lagi diberi pengiktirafan. Pelakon cantik jelita ini muncul di Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semalam.

Kehadiran artis jelita ini bukan sahaja menambahkan seri Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia malah turut membuka mata banyak pihak terutamanya pihak pembangkang yang akhir-akhir ini sering mengetengahkan artis dan selebriti tanahair sebagai ikon mereka (dalam usaha meraih sokongan orang muda).

Dalam majlis yang sama, Lisa telah dipilih untuk menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Satu pengiktirafan khas yang dibuat atas kecemerlangan bakat dan karisma tinggi beliau.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Lisa berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

"Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.

"Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan pelajaran mereka," katanya.

*UMNO prihatin terhadap bakat artis

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers