Photobucket

Demonstrasi Sempena Keputusan Kes Liwat Anwar Tak Akan Ubah Perundangan - Rais

"Takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut,." Itu antara kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengulas mengenai ura-ura pembangkang cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan ini
Beliau menegaskan perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi,.

Baginya mereka yang hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air.

Menurut menteri itu selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis.

Rais berkata seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barang siapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," katanya.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

agenda daily-29/12/2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers