Photobucket

VIDEO : Reaksi Keluarga Mangsa Kemalangan "Drag" Pada Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya

VIDEO : Bersihkah??

VIDEO : Datuk Khairun Komen Isu Ganggu Ucapan PM

Nizar Jamaluddin Sekali Lagi Menderhaka


Kali ini mempertikai Sultan Johor berhubung nombor plat WWW1. Apa sudah jadi dengan Nizar? Apakah Nizar ini disuruh untuk berkata begitu oleh sesiapa?

Orang seperti Nizar ini memang layak kalau tidak dibenarkan masuk ke Johor. Berikut adalah kenyataan daripada Tengku Mahkota Johor berhubung tuduhan fitnah Nizar Jamaluddin.


Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat “WWW 1″


PETALING JAYA – Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia : FORUM Mengurus Persepsi Menangani Fitnah


Antara pengisian Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia. Bersama Ahli Panel Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dalam Forum "Mengurus Persepsi Menangani Fitnah".

Tarikh : 5hb Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk menyertai Konvensyen media Sosial 1 Malaysia, sila daftar awal untuk seats booking dan saiz baju (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tidak mencukupi).

Sila buat pra-DAFTAR secara online bersama butiran seperti berikut : -
Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

Hantarkan butiran anda ke email berikut : daftarkms1m.selangor@gmail.com

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...

Bagi pihak team sekretariat menjemput semua sahabat2 media sosial kelahiran Selangor atau yang bermastautin di Selangor... bagaimanapun, sahabat media sosial dari negeri lain yang ingin menyokong juga dialu-alukan....

Nukilan Dari Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.

2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.

3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.

6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.

9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.

10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.

11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.

12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.

17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

VIDEO : Siri Ceramah T.I.B.A.I Di Shah Alam





VIDEO : Komen Tun M Tentang BERSIH

VIDEO : Ust Fathul Bari Jawab Soal Lagu BN Gila

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik

TAHUKAH KAMU SEMUA?

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah, Mekah ;

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

VIDEO : MELAYU Mudah Lupa!

VIDEO : Ucapan Penuh PM Di Himpunan Jutaan Belia 2012

KAABAH - Kiblat Bagi Umat Islam

Kaabah : Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat.

Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Bentuk dan pembinaan Kaabah sungguh istimewa.

Tingginya 15 meter/49.22 kaki. Bentuknya hampir-hampir 4 persegi, mempunyai 4 penjuru.


Keterangan :

1. Hajarul Aswad

2. Pintu Kaabah

3. Mizab atau Pancur Emas

4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)

5. Hijir Ismail

6. Multazam

7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.

8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad

9. Rukun (penjuru)Yamani

10. Rukun (penjuru) Syami

11. Rukun Iraqi

12. Kiswah Kaabah

13. Garis Mula Tawaf

14.a. Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.

14.b Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.

14.c. Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.

14.d. Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.


MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".

Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.

Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.

Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.

Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.

Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya:
"Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah.

Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata:
"Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.

Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu:
"Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu ?

Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.

Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan:
"Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.

Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.

Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.

Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.

Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia.

Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".



VIDEO : Huru Hara Yang Melanda Negara - BERSIH

Isu Hinaan Terhadap PDRM

VIDEO : Bersyukurlah Jadi Rakyat Malaysia

VIDEO : Penjelasan FATWA

PTPTN : Fakta Yang Rakyat Mesti Tahu





Fahaman Irshad Manji Wajib Ditentang...

Belum pun reda ingatan kita terhadap buku Satanic Verses hasil karya Salman Rushdie pada 1980-an lalu di London yang menghina Tuhan, kini muncul pula seorang wanita Islam yang berfahaman liberalismie, pluralisme dan pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Justeru, ketegasan pihak bertanggungjawab sememangnya diperlukan bagi mengekang sebarang ancaman bentuk baru kumpulan ini terhadap umat Islam di negara ini.

Ramai yang berharap kerajaan tidak akan berkompromi dan terus menghalang wanita terbabit, Irshad Manji, 48, daripada menyampaikan pandangannya ataupun melancarkan bukunya, Islam, Liberty and Love di sini kerana ia mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam.

Jelas sekali bahawa pendirian wanita terbabit adalah bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan, Akta dan Enakmen Agama Islam negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mahukan semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program membabitkan wanita itu.

Kita berharap pendirian menteri dan jabatan berkenaan dilaksanakan dengan tegas dan saya yakin umat Islam bersetuju dengan langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang sebarang program, forum atau ceramah di negeri berkenaan yang membabitkan Irshad Manji kerana menghina agama Islam.

Larangan itu meliputi satu program di Universiti Monash, Bandar Sunway Jumaat lalu di mana Irshad dijadualkan menyampaikan pandangannya bertajuk ‘Keberanian Moral: Mewujudkan Ruang Untuk Islam dan Demokrasi’.

Irshad adalah warga Kanada dan juga penulis buku The Trouble With Islam Today yang diharamkan di Malaysia. Buku itu mengandungi idealisme sama seperti dalam buku The Satanic Verses.

Pendirian Malaysia dalam perkara ini adalah selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT.

Kemunculan kumpulan tertentu yang mendukung kehidupan bebas dan liberal ini sudah tentunya mengancam amalan biasa kehidupan umat Islam seperti yang kita lihat berlaku di sekeliling kita sejak akhir-akhir ini.

Sekiranya tidak dibendung, tidak mustahil pada satu hari kelak ia tidak mampu lagi dikawal oleh masyarakat Islam terutama dengan pengaruh Barat akibat perkembangan hebat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tiada had atau garis sempadannya lagi.

Umat Islam di negara ini hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan atau individu tertentu.

Kita juga berharap kerajaan bersikap tegas dan mengusir sebarang anasir seperti itu dari Malaysia sebelum dia mempengaruhi masyarakat di negara ini dengan pendirian liberalnya.

Seperti ditegaskan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, sebagai seorang yang menyokong seks bebas, wanita terbabit seolah-olah cuba menjuarai isu kekebasan seks dan moral dan mahu ia menjadi sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan Islam.

Setiausaha agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali berkata beliau terkejut kenapa orang ini dibenarkan masuk sedangkan berita mengenai penganjuran program itu sudah diketahui sebelum ini.

Wanita terbabit, tambahnya, menggalakkan sesuatu yang jauh menyimpang daripada tatasusila rakyat Malaysia.

“Amalan seks bebas itu boleh menjadi ikutan anak muda zaman sekarang dan itu yang kita bimbangkan,” kata Syed Hassan.

Dalam keadaan itu kerajaan, menerusi beberapa agensi dan jabatan seperti JAKIM serta ulama perlu mempunyai perancangan untuk mematahkan hujah yang dikelirukan oleh pihak tertentu seperti ini. Ancaman pemesongan akidah umat Islam ini harus ditangani dengan serius oleh pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam usaha itu, kita perlu mengambil perhatian bahawa sekarang inipun sudah ada ramai golongan muda Melayu di negara ini yang tidak mempedulikan lagi soal agama mahupun kepentingan kaum.

Adalah diharapkan semua pihak sama ada badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, tidak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang, tidak hanya sibuk dengan hal masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab besar membendung gejala moral dan seks bebas yang dibawa oleh anasir luar.

KISAH BENAR !!! MUZAKARAH PAS DAN UMNO HANYA DRAMA FIKSYEN ??? WAJIB BACA !!!

Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru,sudah kerap kali timbul dan sudah acap kali ia senyap begitu saja.Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.Acap kalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS,watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat.motifnya satu,supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan 28 April - Rais

KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.

"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.

Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.

Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau.

Nazmi Sertai SC Beira Mar

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai nasib Mohd. Nazmi Faiz akhirnya terjawab apabila pemain muda sensasi negara itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi dalam akaun laman Twitternya berkata seperti sukar mempercayai peluang yang diraih itu dan rasa bersyukur dengan kejayaan berkenaan.

‘‘Sukar untuk perjelaskan perasaan saya, ini adalah peluang besar dalam karier saya.

‘‘Bermain di Eropah adalah impian terbesar saya dan saya ucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat selama ini," katanya.

Nazmi sebelum ini telah meraih perhatian pihak ejen dari Singapura, Marco Guimaeres dan telah menawarkan tempat untuk menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.

Nazmi memulakan latihan pertamanya bersama kelab yang terkenal dengan gelaran emas dan hitam itu, Khamis lalu bersama beberapa lagi pemain dari negara lain bagi mencari tempat beraksi di Portugal.

“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali, walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia mampu berlari di atas padang dalam tempoh yang lama, dia mempunyai stamina yang tinggi.

“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda, dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1," ujarnya.

Pemain yang berusia 17 tahun dan beraksi di posisi tengah itu mula menunjukkan kehebatannya ketika beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London.

Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.

Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.

Datuk Bandar Tidak Mahu Layan 'Bersih 4.0'

KUALA LUMPUR - Tiada kelulusan akan diberi kepada penganjur perhimpunan 'Bersih 4.0' yang dirancang oleh Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, dengan matlamat membuka 60 gerai perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga selama dua hari, minggu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, aktiviti yang dirancang itu bercanggah dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, aktiviti tersebut memberi imej buruk kepada negara dan menggambarkan sikap pihak berkenaan yang terikut-ikut dalam melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang.

"Jika mahu adakan perhimpunan, perlu merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman. Tetapi apabila pergi ke sesuatu kawasan dengan membuka pasar dan sebagainya, ia adalah tidak dibenarkan keran kita ada Akta Jalan , Parit, dan Bangunan yang kita tidak benarkan aktiviti tersebut.

"Mereka mesti meminta kelulusan dari DBKL tetapi jika ditanya kepada saya, saya tidak akan benarkan," katanya semalam.

Beliau berkata, hasrat kumpulan berkenaan untuk melakukan protes dalam bentuk tersebut bersifat tidak produktif dan membuatkan 'tumpuan kerja' terpaksa dialihkan untuk perkara tersebut.

Katanya, apa yang lebih penting adalah menghormati orang lain kerana dalam konteks tersebut, terdapat pihak lain yang tiada kaitan akan terganggu.

"DBKL juga banyak perkara lain yang perlu ditumpukan kerana bila perkara ini dibuat, tumpuan terpaksa diberikan untuk perkara ini.

"Kalau boleh sudahlah, apa cerita tidak habis-habis lagi. Sebagai Datuk Bandar, saya nasihatkan tidak perlulah, cukuplah," katanya.

Ahmad Fuad menambah, perkara tersebut tidak akan menemui penamatnya apabila banyak pihak yang saling berbalas.

"Sebelum ini saya dengar ada yang mahu pergi ke rumah Datuk Khalid (Abu Bakar) , tidak tahu bila, esok mahu pergi rumah Datuk Bandar pula," katanya berseloroh.

Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Datuk Jamal Md Yunos mahu membuka 60 gerai di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 24 dan 25 Mei ini sebagai tanda protes daripada pihak peniaga yang mengalami kerugian dalam Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Mereka mahu pergi ke DBKL pagi ini untuk mendapatkan kebenaran mengadakan gerai di kawasan itu.

Irshad Manji Perlu Dihalang!

Gelombang Merah Di Bukit Jalil











VIDEO : Perusuh BERSIH Berani Mati

VIDEO : BERSIH 3.0 Itu KOTOR

VIDEO : Bukti Anwar Punca Rempuhan BERSIH

VIDEO : Warga KUIN Buat Bantahan

VIDEO : Sketsa - ESOK NAK DEMO

BN Menerima Sokongan Majoriti Rakyat – Kajian UMCEDEL

KUALA LUMPUR – Sejumlah 49 peratus rakyat di negara ini dijangka memilih untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang berbanding 21 peratus yang memilih Pakatan Rakyat.

Sementara 30 peratus lagi masih belum menetapkan sokongan dan merupakan pengundi atas pagar yang selalunya akan membuat keputusan pada saat akhir.

Begitulah hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian itu melibatkan 2,282 responden dan dilakukan secara bersemuka dengan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Ia dijalankan di antara tarikh 31 Mac hingga 15 April lalu, dengan satu margin ralat kira-kira 2.1% .

Sebanyak 55 peratus yang ditemuramah merupakan responden lelaki manakala selebihnya adalah wanita.

Hasil kajian ini menunjukkan Pakatan Rakyat masih perlu menempuh perjalanan yang ‘sangat jauh’ sebelum mereka dapat menawan Putrajaya seperti mana yang diidamkan.

Ia juga menunjukkan pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, pelbagai dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah berjaya menarik sokongan yang cukup luas dengan dua pertiga daripada responden menyatakan sokongan terhadap pemerintah.

Dalam kajian itu, responden juga ditanya sama ada pelbagai program yang diperkenalkan oleh Najib akan menambahkan sokongan mereka terhadap BN atau sebaliknya.

Untuk itu, 68 peratus daripada responden menyatakan sokongan mereka dengan program Kedai Rakyat 1Malaysia manakala 74 peratus lagi bersetuju dengan program Klinik 1Malaysia.

Keputusan kajian tersebut sekali gus menunjukan betapa sukarnya Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang memandangkan penerimaan baik pengundi terhadap pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri itu.

Dalam perkembangan yang sama, kajian itu mendapati majoriti masyarakat Cina dan India dijangka mengundi untuk Pakatan Rakyat di Selangor manakala sokongan orang Melayu di negeri itu terbahagi sama rata di antara Pakatan dan BN.

Seramai 60 peratus responden di kalangan orang India dan 49 peratus responden Cina berkata mereka akan menyokong Pakatan Rakyat di negeri berkenaan, berbanding hanya 20 peratus (India) dan 16 peratus (Cina) yang memihak BN.

Bagaimanapun, kedua-dua parti mempunyai sokongan yang sama banyak di kalangan orang Melayu, dengan BN mempunyai kelebihan sebanyak 34 peratus berbanding dengan Pakatan iaitu 33 peratus.

Manakala di Perak, Pakatan Rakyat bakal berhadapan dengan ‘pertempuran besar’ untuk menawan semula negeri yang dimenangi mereka pada tahun 2008, sebelum BN merampas kembali pada tahun 2009 itu.

BN mendapat sokongan majoriti setiap kaum, terutamanya dengan sokongan paling tinggi daripada orang India iaitu 67 peratus.

Berbeza pula dengan Pakatan yang hanya mampu meraih 5 peratus daripada sokongan orang India.

BN juga mempunyai kelebihan dengan 36 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina menyokong mereka berbanding Pakatan yang hanya mempunyai 30 peratus sokongan bagi kedua-dua kaum.

Begitupun, 34 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina masih tidak dapat membuat keputusan.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa Pakatan masih mempunyai peluang untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kaji selidik itu juga mendapati yang Pakatan akan mengekalkan sokongan di Kelantan, dengan 44 peratus daripada responden memihak kepada mereka berbanding dengan 27 peratus yang memilih BN.

Di Kedah, Pakatan memperolehi sokongan majoriti daripada responden Cina dan Melayu, manakala BN jauh lebih popular di kalangan orang India.

Kaji selidik itu telah dijalankan ke atas 2,282 responden yang dipilih secara rawak menurut kadar perpecahan kaum di negara ini.

Hasil kajian itu boleh dilihat sendiri di sini.

Kronologi Kereta POLIS Langgar Peserta BERSIH

Tun M Khuatir Jika RUU Kesalahan Pilihan Raya Ditarik Balik...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku...kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, Rabu.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Rabu bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara, Khamis.

Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la...saya tak kuat".

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.

Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.

Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear.

BERNAMA

VIDEO Yang Menyesatkan!

Tahniah! - Peneroka Terima 'Durian Runtuh'

Dr Hasan Ali Pertahankan Majlis Fatwa Dari Terus Dihina PAS?

Durian Runtuh RM1.69b Untuk Peneroka

MARAN 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion kepada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara iaitu RM15,000 bagi setiap keluarga berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Menurut Perdana Menteri, RM5,000 akan diberi kepada peneroka dan masing-masing RM5,000 lagi kepada isteri dan generasi kedua dengan agihan akan dibuat dalam tiga fasa.

Katanya, fasa pertama agihan akan dibuat sebaik sahaja pengumuman dibuat.

“Peneroka dapat, isteri peneroka dapat, anak peneroka pun dapat dalam durian runtuh penyenaraian FGVH.

“Satu lagi ialah `durian gugur’ iaitu sebanyak 20 peratus saham kita masukkan dalam tabung amanah yang dividennya kita bagi kepada keluarga peneroka," katanya pada majlis himpunan bersama warga peneroka di Felda Jengka 8 hari ini.

UTUSAN MALAYSIA

Bersih 3.0 – Masyarakat India Sokong Kerajaan

KUALA LUMPUR – Bersih 3.0 membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat India sudah meninggalkan pembangkang dan kembali menyokong kerajaan.

Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Senator Datuk Nallakaruppan berkata, memang ada masyarakat India yang menyertai Bersih 3.0, tetapi jumlah mereka amat sedikit terutama jika dibandingkan dengan Bersih 2.0.

“Bersih 2.0 memang ramai orang India, tapi Bersih 3.0 kita tengok berapa orang sahaja yang ada,” katanya dalam temubual khas di RTM1 pagi ini.

Beliau berkata, masyarakat India tidak lagi memilih untuk bersama pembangkang kerana permintaan mereka kini sebahagian besarnya dilayan oleh kerajaan.

“Perdana Menteri sekarang baik orangnya, mintak apa-apa, hampir 60 peratus akan dipenuhi, kadang-kadang sampai 100 peratus pun diberikan,” katanya.

Jelasnya, tahun 2008 menyaksikan undi masyarakat India pergi kepada pembangkang, namun yakin ia tidak akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Durian Runtuh Kepada 112,000 Peneroka Diumum Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 30,000 peneroka dan waris mereka dijangka akan menyambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut pagi ini.

Pada perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan durian runtuh yang pastinya akan mengembirakan kira-kira 112,000 peneroka dan waris mereka di seluruh negara.

Ucapan dan pengumuman itu akan disiarkan secara langsung pukul 10.30 pagi melalui saluran RTM1 dan TV3.

Kaedah pengagihan sumbangan juga akan diumumkan sekali.

Seramai 11 wakil peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara akan hadir menerima replika cek durian runtuh secara simbolik daripada Perdana Menteri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad akan turut hadir.

Dalam ucapannya, Najib dijangka akan menjawab pelbagai isu berkaitan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dan tohmahan serta fitnah yang dilempar pembangkang selama ini.

Pembayaran durian runtuh dijangka akan dibuat dalam dua peringkat.

Jumlahnya yang akan diumumkan dijangka cukup untuk peneroka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Haram Sertai Perhimpunan Cetus Huru-Hara

SEPANG – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

“Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Beliau berkata, turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata, umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

“Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata, muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

“Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.

BERNAMA

Pembangkang Tidak Yakin Menang Dalam PRU Ke-13

ALOR SETAR – Pakatan parti pembangkang – PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP – sebenarnya tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-13 dan kerana itu mereka membuat banyak tindakan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak negara merdeka 55 tahun lalu, pembangkang tidak pernah berjaya menjatuhkan kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

“Mereka (pembangkang) sedang bersedia kalau kalah lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka akan cetus huru-hara dengan membuat demonstrasi, buat desakan kononnya kerajaan sekarang ini tipu bagi membolehkan Barisan Nasional menang.

“Inilah pendekatan mereka sekarang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kedah di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau yakin kerajaan yang ada sekarang kuat dan mampu untuk menjaga keamanan negara.

“Kalau kerajaan lemah, mereka tidak akan mampu untuk mentadbir negara dengan baik seperti sekarang dan mungkin juga akan digulingkan oleh rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu berhati-hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar dianggap sebagai pemimpin pilihan Amerika.
“Sejak zaman saya menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Anwar) telah dianggap sebagai PM Malaysia oleh Amerika dan dia sendiri pernah membawa (anggota) Kongres Amerika datang ke sini,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, terdapat kemasukan wang asing di negara ini bagi menjayakan agenda negara kuasa besar itu.

“Saya tahu banyak juga NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang mendapat bantuan wang daripada badan-badan tertentu Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mereka bagi wang ini untuk menjayakan agenda mereka bukannya agenda kita.

“Ia berlaku sejak dari zaman saya lagi dan NGO itu telah diperalatkan. Saya yakin parti-parti politik pun ada yang terima wang tersebut,” katanya.

Beliau menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dan memilih pemimpin yang betul bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah semula.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Mahathir berkata, pelbagai pembangunan dilakukan kerajaan pusat bagi memberi kesenangan kepada rakyat.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dan sentiasa memikirkan nasib rakyat dan untuk membela rakyat,” katanya.

BERNAMA

Kenapa Perlu Membantah Rezeki Peneroka?

Dalam beberapa hari lagi, lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menikmati ganjaran ‘durian runtuh’ yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini, yakni sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dijangka akan berlangsung pada Jun nanti.

Saya pasti kesemua peneroka berdebar-debar dan tidak sabar menanti habuan lumayan yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mei kelak.

Kita semua sedia maklum bahawa Felda telah ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Bayangkanlah susah payah hidup para peneroka.

Mereka sanggup berkorban dan berpindah ke kawasan terpencil dan hidup dalam serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air demi mengusahakan tanah Felda untuk menyara keluarga mereka.

Sanggupkah generasi zaman sekarang berbuat demikian? Saya rasa tidak.

Kita sudah biasa dengan kesenangan hidup dan tidak sanggup melalui kepayahan hidup. Rasa sangsi beberapa pihak yang menentang ‘durian runtuh’ serta penyenaraian FGVH amat menyedihkan kerana ia seperti memperlekeh pengorbanan dan penat lelah para peneroka selama ini.

Saya bukannya seorang peneroka Felda.

Malah, saya juga bukannya anak kepada peneroka.

Namun, saya berasa para peneroka memang layak menerima ganjaran yang bakal dinikmati tidak lama lagi kerana tanpa kita sedari, mereka sudah banyak berbakti kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pengumuman ‘durian runtuh’ ini memang tepat pada waktunya untuk membalas budi para peneroka yang telah berhempas pulas membanting tulang mengusahakan tanah Felda di seluruh negara.

Jika terdapat beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati, saya berharap mereka kikislah perasaan cemburu itu.

Jangan nafikan hak orang lain. Jika kita ingin berjaya, marilah kita bekerja keras juga. Insya-Allah, Tuhan akan memudahkan rezeki kita pula.

Azhar Zainal

Air Mata Ibu – Azmin Tidak Mengaku Salahnya

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil pendekatan dan jawapan politik berkaitan kekecewaan yang diluahkan ibunya baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan media menyiarkan luahan hati ibunya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) sudah semakin hampir.

Beliau juga seperti biasa mengambil jalan mudah dengan menyalahkan UMNO dalam hal melibatkan kekecewaan orang tuanya itu.

Azmin menyifatkan itu cara UMNO untuk meraih undi tanpa menjelaskan apa yang akan dibuat beliau selepas ibunya mengalirkan mata atas sikapnya selama ini.

Beliau memberitahu demikian kepada kumpulan pemberita selepas satu majlis di AU3, Keramat di sini sebentar tadi.

Semalam, Mynewshub menyiarkan luahan kekecewaan Che Tom Yahaya, 78, dengan sikap Azmin yang tidak mahu datang melawatnya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

“Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” katanya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

“Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

“Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers