Photobucket

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Hari ini berlangsung 1 konvensyen yang mengumpulkan lebih 1500 pengamal media sosial dari seluruh negara.

Konvensyen yang diadakan di PWTC hari ini selain dapat menemukan pengamal media sosial, ianya juga dapat menyuntik semangat baru kepada peserta untuk lebih bersedia dan lebih memahami peranan mereka dalam menhadapi pilihanraya umum akan datang.

Konvensyen ini turut dihadiri oleh pemimpin nombor 1 negara Dato' Seri Mohd Najib yang turut melancarkan komuniti SUKARELAWAN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA (My VOICE).

Konvensyen yang berlangsung separuh hari ini telah membuka ruang dan peluang buat pengamal media sosial di Malaysia untuk mengutarakan pendapat dan pandangan dalam usaha menyelamatkan dan mempertahankan Malaysia dari serangan maya pihak yang tidak bertanggungjawab selain menagkis tohmahan dan fitnah pihak berkenaan terhadap negara dan kepimpinan di dalam negara.

Hasil Konvensyen singkat itu, beberapa usul telah diketengahkan dan resolusinya telah dibentangkan oleh Dr MiM dan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers