Photobucket

Simpanan Di Bank Israel : Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?

KUALA LUMPUR, 17 Nov - Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mencabar Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Beliau menjangkakan pemimpin PKR ini sudah pasti akan membuat penafian tentang hal tersebut biar pun bapanya mempunyai hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh kanan Yahudi.

“Sebagaimana bapanya, Nurul Izzah tentunya akan menafikan, justeru saya cabar dia membuat tuduhan ke atas BN dan UMNO bahawa kononnya ini adalah dakyah sebagaimana mudahnya Anwar menuding jari apabila timbulnya isu berkaitan dirinya termasuklah kes perbicaraan di mahkamah,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Baru-baru ini laman blog tempatan termasuklah novandri.blogspot.com dan semuthitam80.blogspot.com telah mendedahkan berkaitan akaun Nurul Izzah secara terperinci termasuklah jumlah akaun jutaan dolar dan tarikh akaun tersebut dibuka.

“Jika dilihat kepada tahun tertera di akaun terbabit iaitu 1996,1997 dan tahun berikutnya bermakna ketika ini bapa Nurul Izzah adalah Menteri Kewangan sedangkan Nurul Izzah ketika itu masih budak dan masih berhingus

“Mungkin akaun ini dibuka atas nama Nurul Izzah sebagai tempat untuk melonggokkan segala hasil yang disamun dan dirompak sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Katanya, tentunya duit tersebut dikumpulkan untuk pelaburan masa depan manakala untuk PKR pula akan disamun dari tempat lain pula.

“Sekiranya Anwar dan Nurul Izzah gagal memberikan penafian berkaitan akaun terbabit maka janganlah mereka ini marah sekiranya ada di kalangan rakyat yang menuduh mereka sebagai perompak dan penyamun,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan rakyat khususnya anggota PKR sendiri agar sedar daripada perjuangan sia-sia dalam parti terbabit.

“Janganlah bermati-matian mahu mebela Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup menggadai harta benda, tanah dan kenderaan semata-mata atas nama perjuangan kerana itu semua adalah penipuan,” ujarnya.

Di dalam blog-blog terbabit dipaparkan secara terperinci transaksi yang dibuat diantaranya:

7. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) … 3 years
Account No : C-719-418-210 (M) – Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96 – Date of Maturity : 17/06/99

8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) – 3 years
Account No : F-817-200-11 (C) – Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96 – Date of Maturity : 03/12/99

9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) – 5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D) – Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97 – Date of Maturity : 12/07/02

10. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) – 1 years
Account No : F-3532-3310-501 (NG) – Amount : USD 15,500,000.00
Date of opening account : 21/09/98 – Date of Maturity : 21/09/99

11. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) – 3 years
Account No : DA-9159-7211-819 (M) – Amount : USD 4,500,000.00
Date of opening account : 20/05/96 – Date of Maturity : 20/05/99

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar – Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) – Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) – 3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A) – Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97 – Date of Maturity : 08/09/00

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers