Alhamdulillah... Tahniah dan Syabas buat Skuad Bolasepak Malaysia yang berjaya menewaskan Pasukan Tuan Rumah Indonesia dalam perlawanan terakhir Bolasepak peringkat Kumpulan A sebentar tadi.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas skuad Garuda itu sudah cukup untuk mengekalkan rekopd tanpa kalah Malaysia sepanjang saingan di Sukan SEA kali ini, sekaligus muncul sebagai juara kumpulan A.
Gol hasil jaringan pemain gantian Syahrul Azwan di minit k-11 separuh masa pertama sudah memadai untuk meneggelamkan sorakan gemuruh peminat dan penyokong bolasepak tuan rumah.
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno itu, telah menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan sepanjang 90 minit (tidak termasuk masa tambahan) masa permainan.
Kemenangan yang cukup bermakna itu telah melayakkan Malaysia untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.
MALAYSIA BOLEH!
0 comments:
Post a Comment