Photobucket

PANAS!!! LAGI PENIAGA MENGAMUK DI KEDAH!!

Seramai 60 orang peniaga terpaksa menanggung kerugian keseluruhan hampir RM20,000 apabila mereka dihalang berniaga di tapak berhampiran Pasar Tani Taman Wira Mergong, semalam.

Ahli Persatuan Penjaja Kecil Alor Setar, Abu Hassan Ahmad, 59, berkata, mereka tidak puas hati dengan tindakan penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang meletakkan notis tidak membenarkan aktiviti perniagaan dijalankan di kawasan berkenaan tanpa memaklumkan kepada peniaga lebih awal.

“Sewaktu sampai di kawasan ini pagi tadi (semalam), kami terkejut apabila melihat notis berkenaan ditampal sekitar beberapa tempat di kawasan berkenaan iaitu sepanjang 500 meter dengan diawasi anggota penguat kuasa.

“Jika diikutkan hari ini sahaja kami sudah kerugian beribu ringgit kerana tidak boleh berniaga seperti biasa, khemah pun tidak sempat dipasang kerana bimbang diangkut penguat kuasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Abu Hassan berkata, antara mereka yang terlibat seperti peniaga pakaian, makanan, perhiasan wanita, peralatan senjata dan kebanyakan peniaga terdiri daripada kalangan pesara kerajaan serta bekas anggota tentera.

“Kami tidak tahu alasan sebenar mereka menghalang kami mencari makan di kawasan ini kerana sepanjang berniaga lebih berbelas tahun di tapak yang sama tidak timbul sebarang masalah seumpama ini.

“Peniaga terlibat turut mempunyai lesen perniagaan Pendaftaran Perniagaan dan Syarikat (SSM). Setiap kali berniaga kami membuat bayaran RM2 untuk satu khemah kepada Persatuan Pasar Tani Taman Wira Mergong,” katanya.

Sementara itu, peniaga kuih tradisional, Abdullah Yahya, 60, berkata, dia turut kesal dengan apa yang berlaku kerana tindakan ini bukan sahaja melibatkan seorang peniaga tetapi berpuluh peniaga senasib dengannya.

“Saya sudah berniaga di sini sejak 13 tahun lalu dan tidak pernah timbul sebarang masalah atau rungutan daripada orang ramai mengenai lokasi tempat berniaga kami, tambahan pula terletak bersebelahan pasar tani milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Kami amat berharap supaya pihak bertanggungjawab dapat memberi semula kebenaran kepada kami untuk kembali berniaga dalam tempoh tiga hari seminggu iaitu Ahad, Rabu dan Jumaat dari jam 7 hingga 11.30 pagi di tapak yang sama,” katanya.

SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers