Photobucket

Perhimpunan Agung UMNO 2011 : PRU 13 Adalah Hidup Dan Mati UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2011 - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kepada delegasi bahawa pilihanraya umum nanti bakal menjadi medan menentukan hidup dan mati parti dalam meneruskan perjuangan membela nasib orang Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebentar tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra mahukan setiap sayap parti merapatkan kembali saf dan menhukuhkan perpaduan dikalangan ahli untuk memberikan kemenangan kepada parti UMNO.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menggesa Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO untuk terus melipatgandakan usaha dan merapatkan diri dengan rakyat dalam mendengar keluhan dan denyutan nadi rakyat.

Muhyiddin juga turut menegaskan agar setiap ahli UMNO menghentikan sebarang usaha sabotaj terhadap parti dan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan. Beliau yang nyata cukup bimbang dengan situasi ini mengharapkan sindrom cah keting, tikam belakang, pemimpin lari ke luar negara dihentikan serta merta.

Dalam amanat yang disampaikan, Timbalan Presiden UMNO menggesa setiap ahli untuk menyokong 'winnable candidate' yang dipilih oleh pucuk pimpinan dalam memastikan UMNO mencapai kemenangan besar pada pilihanraya umum kelak.

KL Pos

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers