UMNO BELA MELAYU
Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata bahawa agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi merupakan agenda utama (UMNO) dan sebahagian agenda nasional kita.
PILIHAN RAYA
Kita (UMNO) mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni pihak lawan.
ANALOGI HARIMAU MUDA
Kalau ada kekuatan mental dan jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.
UTAMAKAN PARTI
Kita mesti memperlihatkan iltizam kita untuk melakukan sedikit pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi mengatasi pertimbangan yang lebih besar iaitu kepentingan parti.
FITNAH PEMBANGKANG
Salah satu penentu nasib kita dalam pilihan raya adalah faktor kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden (UMNO), siapa saja yang menjadi pemimpin utama. Kalau pembangkang hendak melemahkan kita, mereka anggap mereka mesti menyerang saya (sebagai pemimpin utama).
0 comments:
Post a Comment