Photobucket

ROS Cabar Pembangkang Segera Bergabung

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mencabar pakatan pembangkang supaya segera mengemukakan permohonan baru untuk membentuk gabungan parti secara rasmi seperti Barisan Nasional (BN).

Pendaftarnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, tidak ada gunanya pakatan pembangkang membuat `bising di luar’ dengan mendakwa kononnya ROS mempunyai `muslihat politik’ dengan enggan meluluskan permohonan mereka untuk menjadi sebuah parti gabungan.

Menurutnya, dengan permohonan pertama tidak lagi terpakai setelah Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR pada 14 November 2010, maka adalah wajar pembangkang menamatkan polemik dengan ROS dengan menghantar wakil mereka, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar bertemu ROS untuk kelulusan tersebut.

“Kalau betul-betul serius, kemukakanlah permohonan…ROS boleh luluskan hanya dengan gabungan tiga parti pun (DAP, PKR dan Pas). Tapi yang hairannya saya sudah periksa dengan staf saya, memang Datuk Kamaruddin tak pernah datang ke ROS kemukakan permohonan.

“Mereka (pembangkang) ada ramai bijak pandai dari kalangan lawyer-lawyer terkemuka…sampai boleh ambil kes hebat-hebat di mahkamah tapi bila timbul perkara asas seperti ini, buat-buat tak faham.

“Atas nama kuasa, kita bohong orang…tak bolehlah macam itu,” kata beliau di sini.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke baru-baru ini mendakwa pakatan pembangkang mengesyaki terdapat muslihat politik apabila ROS enggan meluluskan permohonan mereka untuk menjadi satu parti.

Menurut Loke, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran pakatan pembangkang kerana takut mereka menjadi gabungan yang kuat pada pilihan raya umum ke-13.

Loke membuat dakwaan itu bersama Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli pada sidang akhbar di lobi Parlimen 3 November lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers