Photobucket

Kelemahan Pembangkang Bukan Kelebihan Pada UMNO

MUAR 27 Nov. – Para ahli dan pemimpin UMNO hari ini diingatkan bahawa cerita mengenai kelemahan parti pembangkang sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada sokongan rakyat terhadap parti itu dan kerajaan.

Oleh itu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, mereka tidak seharusnya dibuai kegembiraan dengan cerita sedemikian sebaliknya perlu terus memenangi hati rakyat bagi memastikan sokongan terhadap parti dan Barisan Nasional(BN).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberi contoh dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap Johor tidak selamat dan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendewa-dewakan Mat Indera, pemimpin komunis yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

"Kita jangan hanya menggunakan isu-isu ini dalam meraih sokongan rakyat. Kita perlu memahami apa yang kita laksanakan seperti tranformasi ekonomi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, supaya rakyat akan sayang kepada UMNO dan kerajaan.

"Apabila rakyat sudah percaya, mereka akan sayang kepada UMNO dan mengharapkan parti itu akan terus kekal berkuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis berkhatan di Poliklinik Hospital Pakar Sultanah Fatimah hari ini.

Menurut beliau, apa yang ahli dan pemimpin UMNO perlu lakukan ialah berbuat sesuatu sehingga masyarakat menaruh harapan kepada parti dan akan merasakan parti itu perlu kekal sepanjang masa.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers