Photobucket

Sukan SEA Indonesia : Skuad Bolasepak Malaysia Benam Kemboja 4-1

Walaupun Malaysia berjaya membenam cabaran Kemboja 4-1 petang semalam, namun prestasi sebenar skuad negara belum teruji. Kemboja yang sudah tersingkir dari merebut tempat ke slot separuh seterusnya bolehlah disifatkan sebagai hanya sekadar melengkapkan jadual.


Perlawanan menentang Kemboja semalam bukanlah prestasi terbaik pasukan negara jika dibanding dan diukur dengan 2 perlawanan sebelum ini (ketika menetang Singapura dan Thailand). Perlawanan menetang Thailand setakat ini dilihat antara persembahan terbaik skuad negara sepanjang temasya Sukan SEA di Indonesia kali ini.


Skuad negara akan berdepan cabaran paling getir pada 17hb nanti, apabila bakal berdepan cabaran tuan rumah Indonesia. Sokongan peminat bola sepak tuan rumah khususnya akan bertumpu pada perlawanan ini yang dijangka akan disiarkan secara langsung untuk tatapan peminat bola sepak tanah air.


Buat peminat setia dan penyokong skuad bola sepak negara, marilah sama-sama kita berdoa agar pasukan Malaysia beroleh kemenangan dan diberi perlindungan dari ancaman dan insiden yang tidak diingini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers