KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang diterima sehingga semalam itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka.
"Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini, lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Khalid berkata, setakat ini, tiada individu yang ditahan.
BERNAMA
Mentafsir pilihan raya kecil KKB
-
*ULASAN *
ESOK hari penamaan calon Pirake N: 06 Kuala Kubu Baru (KKB), Selangor. Hari
mengundi 11 Mei depan. Pilihan raya kecil ini merupakan pilihan raya ...
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment