Photobucket

LAPORAN PENUH BERSIH 3.0 : INSIDEN KERETA POLIS LANGGAR PESERTA BERSIH

VIDEO : Kereta Polis Terbabas Depan SOGO

PenDEMO Punca Kereta Polis Terbabas

DEMO HARAM BERSIH : Antara Anggota PDRM Yang Tercedera

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK.

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.

t.t
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS
KUALA LUMPUR.

(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)

Terima Kasih "Tok Dalang" atas perkongsian maklumat.

Anti-PKR Club

VIDEO : Peserta Bersih 3.0 Bertindak Ganas

BERSIH Berjaya Huru - Harakan Kuala Lumpur

VIDEO : Bukti Keganasan Yang Pembangkang HALALKAN!

Jom BERSIHkan...!!


BN Pilihan Orang Muda - Theme Song

BN Pilihan Orang Muda - Pemuda BN cukup disiplin

VIDEO : YB @Pkamalanathan Jawab Isu Bershit..







Video Seterusnya

TERKINI: Resolusi Penyenaraian Felda Di Bursa Malaysia Diluluskan!

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluluskan resolusi berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia Mei depan.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

Sebanyak 1,110 undi bersetuju, tidak bersetuju (120), undi rosak (5) dan tidak kembalikan borang (15).

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi di Kuantan pada 2 April lalu menolak permohonan injunksi oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi KPF daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya menolak injunksi tersebut dengan kos yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.

Permohonan tersebut ditolak atas beberapa sebab antaranya ialah Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dibuat pada 22 Februari lalu hanya satu perbincangan dan bukan satu keputusan.

Selain itu mahkamah juga berkata dakwaan peneroka terbabit hanya satu spekulasi dan khabar angin sebab tidak dapat dibuktikan.

Mahkamah juga berpendapat bahawa isu itu seharusnya dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berada di bawah Seksyen 82 (1) atau 82 (2) Akta Koperasi 1993.

Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia perlu untuk memastikan Felda kekal bersaing dengan negara jiran terutama Indonesia yang telah mula membangunkan industri kelapa sawit mereka membabitkan keluasan tanah hampir satu bilion hektar.

Keluasan tanah di negara itu sangat besar dan menguntungkan berbanding hanya kira-kira 800,000 hektar di negara ini, justeru langkah alternatif perlu ada agar Malaysia mampu bertahan dan bersaing dalam industri ini.

Sebagai pengeluar utama industri sawit di dunia, Felda mempunyai wang yang banyak tapi jumlah itu tidak mencukupi untuk terus bersaing pada masa akan datang.

Usaha meniagakan tanah seluas 350,000 hektar milik Felda Plantation ke dalam pasaran saham adalah langkah menguntungkan, malah banyak pihak sudah bersedia untuk membeli saham itu. -

Yang penting, tiada seinci pun daripada 500,000 hektar tanah peneroka akan diambil bagi tujuan penyenaraian FGHV dan kepentingan mereka akan terus dilindungi sebaik sahaja FGVH menjadi syarikat senaraian awam.

Penyenaraian FGVH dan pewujudan satu daripada entiti perladangan terbesar dunia merupakan matlamat negara yang amat penting dengan objektif memberikan pulangan kewangan jangka panjang yang kukuh untuk stafnya, peneroka dan keluarga mereka

Abdullah Rumani (mynewshub.my)

Komputer, Telefon Bimbit Korbankan Masa Keluarga

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melancarkan kempen Minggu Tanpa Skrin bermula 21 hingga 27 April ini di seluruh negara bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.

FOMCA melalui satu kenyataan memberitahu, kempen itu diadakan kerana penggunaan peralatan berskrin seperti komputer, komputer riba, televisyen, telefon bimbit, tablet dan MP3 dilihat telah banyak mengorbankan `masa bersama keluarga’ di kalangan rakyat Malaysia.

“Kajian menunjukkan kanak-kanak Malaysia menghabiskan antara tiga hingga lima jam sehari untuk menonton atau menggunakan peralatan berskrin. Satu kajian lain pula mendapati orang dewasa Malaysia menghabiskan masa lebih enam jam sehari menggunakan media berskrin seperti internet, televisyen, permainan dalam talian, telefon bimbit.

“Hal ini boleh menyebabkan masalah suka menyendiri dan menjalani gaya hidup (tidak sihat) kerana tidak banyak melakukan pergerakan fizikal dikalangan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, perkara tersebut juga menyumbang kepada masalah obesiti dan berat badan berlebihan, hipertensi serta diabetes dikalangan rakyat ini.

Justeru, kata kenyataan itu, sepanjang Minggu Tanpa Skrin berkenaan FOMCA berharap ibu bapa mengurangkan tempoh menonton televisyen di kalangan kanak-kanak antara 0 hingga dua jam sehari.

Tambah kenyataan itu, FOMCA juga meminta semua pihak mengurangkan tempoh menggunakan peralatan berskrin dan lebih banyak melakukan aktiviti yang aktif secara bersendirian, bersama-sama rakan-rakan atau keluarga.

Jelas kenyataan itu, apa yang lebih penting adalah merancang aktiviti pilihan bersama keluarga seperti bermain dengan haiwan peliharaan, mewarnakan lukisan, mencantumkan gambar atau melakukan aktiviti berkeluarga seperti melawat muzium atau zoo, bermain kad atau permainan dalam rumah yang lain, menyusun gambar keluarga dalam album dan sebagainya.

MyNewsHub

Tambang Tunai Haji Kekal RM9,980

SEPANG – Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada RM9,980 seorang bagi jemaah haji kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

 Katanya kuota jemaah haji Malaysia juga dikekalkan pada 28,000 orang selaras dengan persetujuan pada mesyuarat tahunan bersama Kementerian Haji Arab Saudi serta kementerian dan agensi lain yang berlangsung di Jeddah, dua hari lepas. 

 Saya juga telah mengemukakan permohonan untuk mendapat tambahan kuota bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di negara ini mengerjakan Rukun Islam kelima itu, katanya pada sidang media sejurus tiba dari Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini pada Khamis. 

 “Saya yakin dengan kerjasama baik dan hubungan rapat kita dengan kerajaan Arab Saudi di peringkat Perdana Menteri dan hubungan saya bersama menteri yang baru dilantik (Dr Bandar Mohammed Al-Hajjar), insyaAllah akan membantu,” katanya. 

 Mengenai tambang haji pula, Jamil Khir berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju mengekalkan tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah haji tahun ini, sekalipun kos penginapan meningkat 15 peratus berbanding tahun lepas. 

BERNAMA

VIDEO : Demo PTPTN - Persenda Solat

Dikehendaki ! : Wajah-Wajah Mahasiswa Yang Terlibat Dalam DEMO Bantah PTPTN


Demo BERSIH : Bukan Budaya Islam

Hasan Basri Dedah Kemunafikan PAS

VIDEO : Jamil Khir Hentam PAS

VIDEO : Pembangkang Nak Jadikan Malaysia Negara Republik

Selain Kempen "DUDUK DI RUMAH"... Kempen Ni Pun BAGUS!

Daripada Buang Masa Duduk Di DATARAN MERDEKA, Baik Ikuti Kempen Kat Bawah Ni...


Klip VIDEO Lagu 1Malaysia

Tempoh Rayuan BR1M Dilanjutkan



KUALA LUMPUR – Berita baik buat orang ramai. Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan melalui satu kenyataan media memberitahu, kerajaan juga bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M sehingga 15 Mei 2012.

“Sebarang semakan status permohonan boleh dibuat melalui talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja,” kata kenyataan itu hari ini. 

Dalam pada itu, kata kenyataan itu, sehingga 15 April lalu seramai 331,615 pemohon telah membuat rayuan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 281,443 rayuan telah diluluskan.

Menurut kenyataan itu, sejak program BR1M bermula sehingga tarikh 15 April lalu kerajaan telah meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima termasuk permohonan rayuan.



mynewshub.my

VIDEO : Demo Mahasiswa - Tugas SHEB Dipersoal

Makna Bacaan Dalam Solat

VIDEO : Demo Mahasiswa Yang Biadap

PAS Keluarkan Buku Burukkan UMNO

PAS sememangnya sebuah parti yang lemah. Tidak mampu menjadi sebuah tunjang, hanya mampu menumpang kekuatan parti lain. dan strategi mereka hanya memburukkan imej parti lawan, bukannya dengan menonjolkan kebaikan dan kemampuan merka. Kini, PAS sekali lagi tampil dengan cara yang sama.. mengeluarkan buku memburukkan UMNO..

Baca Di Sini..

VIDEO : Hebatnya Mahasiswa Kita

Kempen Duduk Di Rumah Pada 28 April 2012


Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar Ibrahim

Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku. 

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya. 

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya. 

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya. "Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin. 

Petikan: Mstar Online Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.


[VIDEO] : #MejaBulatPTPTN - "Dalam Kerajaan BN Kita Tak Guna 'Kalau' Semasa Berjanji" - @razaliibrahim

Kuasa Majlis-Majlis Raja Melayu

MAJLIS RAJA-RAJA:

  • Berfungsi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga; 
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;
  • Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; 
  • Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; 
  • Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 (Perkara 38) (2). 

Anggota Majlis Raja-Raja mempunyai budi bicara berikut:

  • Memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong;
  • Memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan; 
  • Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja; 
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh; 
  • Pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau 
  • Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 (Perkara 38 (6)). Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja dan Yang di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ Akan Diperluas

KUALA TERENGGANU – UMNO Terengganu akan memperluaskan wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ ke negeri-negeri lain bagi menyelamatkan akidah umat Islam negara ini. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, wacana itu juga perlu diperluas hingga ke peringkat kebangsaan bagi memberi pendedahan sebenar kepada orang ramai. 

“Matlamat utama wacana ini untuk memberi pendedahan khusus kepada badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan PAS selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam.  

“Wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ yang diadakan hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan,” katanya selepas mempengerusikan wacana wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ di Taman Tamadun Islam di sini.

Yahya Khatib seterusnya berkata, slogan PAS:Parti Ajaran Sesat akan menjadi satu program yang disusun ke setiap daerah di Terengganu sebelum diteruskan di negeri-negeri lain termasuk Kedah dan Kelantan. 

Menurut beliau, UMNO Terengganu mempunyai ramai ilmuan yang mahir tentang agama Islam dan politik Islam yang dapat membantu negeri lain untuk mengadakan program itu. 

Tuanku Abdul Halim Selamat Ditabal YDPA

KUALA LUMPUR – Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, Rabu. 

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini. 

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah. 

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing. 

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya. 

Upacara hari ini mengandungi dua sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. 

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ke Balairong Seri dengan diiringi tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “Belayar” oleh Kumpulan Nobat Diraja Kedah. 

Keberangkatan masuk pasangan Diraja itu didahului pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama. 

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak yang merupakan sebahagian alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. 

Tuanku Abdul Halim berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat (seperti kot hitam labuh) yang bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok “Dendam Tak Sudah”. 

Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga. 

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas. 

Tuanku Hajah Haminah pula memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja yang merupakan pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian dan mengenakan persalinan baju panjang sedondon. 

Seri Paduka berdua kemudiannya bersemayam di Singgahsana untuk Istiadat Pertabalan. 

Istiadat diteruskan dengan membawa masuk baki alatan kebesaran yang diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman membawa masuk senaskhah Al-Quran, Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob dengan diiringi paluan nobat dengan lagu “Palu”. 

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela.

Baginda lalu mencium Al-Quran dan meletakkannya di atas rehal yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka berdua. 

Pemangku Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan surat pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.

Ini diikuti dengan Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu dihunus, dan dikucup sebelum menyarungkan semula keris itu sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka. 

Keris itu kemudian diletakkan Seri Paduka di atas meja di hadapan nashkah Al-Quran. 

Seri Paduka kemudiannya melafazkan ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman. 

Sebaik sahaja selesai warkah ikrar dilafazkan, nafiri ditiup dan lagu nobat “Perang” dimainkan, diikuti laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairong Seri, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan. 

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap sebagai mewakili kerajaan dan rakyat mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda, diikuti dengan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Titah Diraja. 

Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob kemudian membacakan doa selamat. 

BERNAMA

Sembah Tahniah.. DAULAT TUANKU!



Sembah Tahniah buat Tuanku berdua, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Konvensyen Media Sosial Di Kedah Darul Aman.. JOM!


Kelentong Anwar Ibrahim Terburai Juga Akhirnya..

BENTONG - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerinthan dengan menunaikan tiga janji mereka.

Katanya, dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.

"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Sertik, dekat sini, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap golongan muda tidak terpengaruh dengan janji kosong pakatan pembangkang kerana ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung 70 peratus kos pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

BERNAMA

Keputusan Penuh ABPBH2011


PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR 25 2011! 

Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz 
Penyanyi Wanita Popular - Yuna 
Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari 
Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla 
Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz 
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin 
Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz 
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha 
Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak 
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias 
Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak 
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana 
Artis Duo/Berkumpulan Popular - 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) 
Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza 
Bintang Paling Popular ABPBH 2011 - Aaron Aziz 
Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Dato Shiela Majid

PM dalam Lautan Rakyat di Pelancaran Janji Ditepati

Bersih 3.0 Tidak Munasabah

KUALA LUMPUR – Hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk sekali lagi turun ke jalanan pada 28 April ini dianggap satu tindakan yang tidak munasabah. 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka seharusnya memberi ruang terlebih dahulu kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti seterusnya melaksanakan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. 

“Cadangan PSC itu kita tidak sempat laksanakan pun, jika setelah beberapa ketika cadangan itu dilaporkan, tetapi SPR tidak ambil tindakan atau kabinet tidak ambil tindakan, maka pada masa itu kalau mahu buat (perhimpunan) pun mungkin ada sebab. 

“Bagaimanapun, PSC baru sahaja membentangkan syor tersebut di Parlimen semalam, esok dah umum untuk menganjurkan Bersih 3.0, pada saya ia tidak begitu munasabah,’’ katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Keusahawanan Sosial (SVC) antara universiti anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini hari ini. 

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa. 

Bagiamanapun, kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan kesemua 22 syor PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya yang antara lain bersetuju pembersihan daftar pemilih dibuat secara berterusan serta akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti politik. 

Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada program transformasi politik di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menambah baik sistem pilihan raya negara agar bebas, adil dan saksama. 

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, walaupun rakyat mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, namun ia bukan satu cara yang baik bagi pihak penganjur Bersih untuk menyuarakan tuntutan mereka kerana ia telah pun dibuat dan diterima menerusi penubuhan PSC. 

Katanya, kabinet juga berkemungkinan akan menubuhkan satu jawatankuasa memantau pelaksanaan syor PSC tersebut setelah ia bakal dibincangkan pada mesyuarat kabinet esok. 

“Saya tidak nampak ada alasan kukuh atau sebab munasabah kenapa perlu berhimpun sekali lagi untuk Bersih 3.0 yang difahamkan pada 28 April ini,’’ katanya. 

Tapak Masjid Jadi Mangsa Kerakusan DAP Di Pulau Pinang


KARTUN : PTPTN Nak Dihapuskan?


Politicians With Their Pets


ANWAR YANG BAGI 'GREEN LIGHT' PADA PENUBUHAN PTPTN



7 Dalil Kekotoran BERSIH di Atas Jalanraya



VIDEO : PKR Ampang Desak Azmin Ali

MURTAD : Bukan Isu Penting Buat PAS

Mansuh PTPTN Satu Idea Gila!!!


AYAT ini bukan penulis yang cakap, tapi terkeluar dari mulut seorang pemilik Kolej Universiti swasta terkemuka di ibu negara bila membincangkan isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti.

Asalnya penulis hairan juga, kenapa idea baik seperti ini dikatakan idea gila pula? Terdorong dengan persoalan itu, penulis cuba dan akhirnya berjaya juga merapati individu tersebut bagi mendapatkan penjelasannya.

Menurut individu terbabit, PTPTN banyak membantu menggalakkan pelajar yang tidak mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menyambung pelajaran di peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Walaupun jumlah pinjaman PTPTN tidak cukup untuk menampung keperluan pelajar di IPTS, tapi ia jauh lebih baik daripada pelajar terbabit menyambung pelajarannya ke luar negara yang menelan kos yang jauh lebih tinggi.

“Sekurang-kurangnya PTPTN dapat juga membantu untuk membayar yuran pengajian”, kata individu itu lagi.
Katanya, ada besar kemungkinan penghapusan PTPTN juga akan menyekat golongan muda terutama yang berbangsa cina dari melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar cina memang diketahui sukar untuk mendapat tempat di IPTA, bukan kerana diskriminasi atau kuota tapi kerana gagal mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM yang menjadi antara pra-syarat utama kemasukan ke IPTA.

Pendek kata, PTPTN memang penting untuk lebih ramai generasi muda mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi dan dalam masa yang sama menyuburkan perniagaan dalam sektor pendidikan swasta di negara ini.



Menurut perkiraannya, tanpa PTPTN, lebih 90% kolej swasta sedia ada akan ditutup kerana kemorosotan jumlah pelajar yang tidak mampu untuk membayar yuran pengajian. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah pengangguran di kalangan pensyarah dan kakitangan sokongan IPTS sedia ada.

Nak berharap kepada pelajar asing semata-mata mungkin sukar kerana pelajar asing, terutama dari benua Afrika sudah terbukti membawa banyak masalah sosial di negara ini, disebalik tujuan asal untuk belajar.

Di akhir perbualan itu, individu terbabit mahu Pakatan Rakyat menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan dalam isu penghapusan PTPTN ini, bukan menumpukan kepada ‘membeli’ jiwa peminjam untuk mengundi Pakatan Rakyat.

“Jika tidak, Pakatan Rakyat akan menghadapi risiko kehilangan sokongan yang jauh lebih besar”, katanya lagi sebelum mengakhiri perbualan singkat itu.

Secara peribadi penulis melihat soal penghapusan PTPTN ini agak terlalu awal untuk dibincangkan, apatah lagi kita masih menanti Datuk Seri Anwar mendedahkan pelan penuh penghapusannya.

Tapi setelah mendapat maklum balas ini, penulis melihat ada keperluan untuk Pakatan Rakyat melihat secara penuh implikasi yang mungkin timbul dari penghapusan PTPTN ini.

Selain dari tujuan asalnya untuk menarik undi golongan muda (itupun terhad kepada peminjam PTPTN sahaja).

Mungkin saranan Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusof semalam agar PTPTN ini dirombak (bukan dimansuhkan terus), perlu diberi pertimbangan serius kerana ia kelihatan lebih praktikal dan boleh diterima semua pihak. – SuaraPakatanRakyat



Permohonan MyKad Struktur Baru 21,000 Sehari


KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 1,516,126 permohonan daripada orang ramai untuk mendapatkan MyKad Struktur Baru sehingga bulan lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah permohonan tersebut menunjukkan MyKad Struktur Baru yang diperkenalkan bermula 3 Januari lalu mendapat sambutan baik.

“Pengeluaran MyKad Struktur Baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan menerima peningkatan permohonan penukaran MyKad mendadak sehingga tiga kali ganda berbanding permohonan sebelumnya.

“Purata permohonan diterima sebanyak 21,000 permohonan sehari berbanding sebelumnya iaitu hanya 8,000 permohonan sehari,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, hal itu bagaimanaoun menyebabkan berlaku kelewatan dalam pengeluaran MyKad siap kerana kemampuan semasa untuk JPN menyiapkan MyKad sebanyak 8,000 sehari berbanding permohonan semasa mencecah 21,000 sehari.

Justeru, katanya, KDN bersama JPN mengambil langkah untuk mendapatkan bekalan tambahan kad mentah, mengadakan rundingan bagi mendapatkan bekalan tambahan mesin mencetak MyKad Struktur Baru dan melantik kakitangan tambahan untuk kerja percetakan MyKad.

Melalui usaha itu, katanya, JPN dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya tunggakan cetakan MyKad struktur baru sebanyak 419,078 kad pada bulan Julai 2012.

Sehubungan itu, tambahnya, KDN juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa pertukaran MyKad struktur baru tidak diwajibkan dan ia merupakan perlaksanaan yang berterusan tanpa tarikh tutup.

“Oleh itu bagi individu yang masih memegang Mykad lama dan masih berfungsi, adalah disahkan bahawa MyKad tersebut masih sah diguna pakai untuk berurusan di semua agensi yang berkaitan,” katanya lagi.

MyNewsHub

Kerajaan Serius Tingkatkan Pendapatan Rakyat - TPM


SUNGAI PETANI 5 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited untuk menjadikan Malaysia negara dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada AS$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu kerajaan BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji yang dibuat.

"Kerajaan BN sentiasa memikirkan cara, usaha dan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat, malah 
Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak banyak menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam masa lapan tahun lagi, sasaran pendapatan mesti meningkat dua kali ganda,” katanya ketika berucap pada perjumpaan khas bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Padang Awam, Taman Ria di sini hari ini.

BERNAMA

Langkah Penjimatan: Yahoo Buang 2,000 Pekerja


SUNNYVALE, California 5 April - Yahoo Inc. akan mengurangkan 2,000 kakitangan atau 14 peratus daripada tenaga kerjanya, iaitu langkah terbesar diambil Ketua Ekesekutif barunya, Scott Thomson bagi meningkatkan semula pertumbuhan dan penjimatan kos syarikat.

Reaksi Wall Street bagaimanapun agak dingin selepas dua CEO Yahoo sebelum ini gagal mendapatkan jawapan bagi bersaing dengan saingannya seperti enjin pencari pendahulu Google dan laman sosial Facebook.

Syarikat yang sehingga akhir tahun lalu mempunyai 14,000 pekerja berkata, langkah itu boleh menjimatkan sehingga AS$375 juta setiap tahun dan nilai tunai sebelum cukai pada suku kedua meningkat dari AS$125 juta kepada AS$145 juta.

 REUTERS

Proton Tempat Kedua di Rali Whangarei, New Zealand!


Tahniah diucapkan kepada pasukan rali Proton kerana telah berjaya mendapat podium tempat kedua di Rali Whangarei, New Zealand. Kejayaan tersebut dicapai oleh PG Andersson yang bersaing sengit dengan Chris Atkinson, pemandu Skoda Fabia S2000 yang menjadi juara 28 saat di hadapannya. Gaurav Gill pula berada ditempat ketiga, 2 minit di belakang.

Seorang lagi pemandu pasukan PROTON, Alister McRae mendapat tempat keempat setelah bergelut dengan masalah semasa perlumbaan. Rally Whangarei meliputi jarak perlumbaan sejauh 283.28km dengan 16 peringkat khas. PROTON juga melengkapkan kejayaan bermakna mereka melalui Karamjit Singh dalam kategori 2WD dan Kenneth Koh yang menamatkan perlumbaan rali sulungnya dalam kategori APRC Junior ditempat kedua.

Syabas PROTON, teruskan kejayaan anda!!!

funtastickodesign

51 Perkara Ucapan Penuh Perdana Menteri Berkaitan GTP & ETP


Berikut adalah ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011.

Rakyat Malaysia sekalian,

1. Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.

2. Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

3. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

4. Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

5. Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

6. Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.

7. Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.
Rakyat Malaysia yang dihormati

8. Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.

9. Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.

10. Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

11. Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan strategi lautan biru kebangsaan atau “national blue ocean strategy” di dalam beberapa NKRA.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

12. Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

13. NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup. Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menanganinya.

14. Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.

15. Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion.

16. Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini.

17. Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

18. Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.

19. Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

20. Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3 bilion untuk berian terus bagi tahun 2012.

Rakyat Malaysia sekalian,

Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.

21. Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.

22. Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.

23. Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari anak-anak ialah permata Negara. Pendidikan seawal mungkin akan menjamin mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.

24. Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota perkhidmatan awam baru-baru ini.

Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.

25. Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu, usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan nafas baru dengan penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.

26. Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina. Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan, panjangnya melebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.

27. Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air bersih. Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

28. Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah dikenal pasti.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Kelima, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

29. Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam. Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

30. Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.

31. Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.

32. Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

33. Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Alhamdulillah, kita telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut. Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.

34. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

35. Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah. Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

36. Selain GTP yang telah diperkenalkan pada Tahun 2009, kerajaan juga pada Tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

37. Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

38. Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

39. Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.

40. Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9 700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020.

41. Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion. Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.

42. Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP, satu prosedur dijalankan oleh firma antarabangsa Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Rakyat Malaysia Sekalian,

43. Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenalpasti.

44. Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

45. Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

46. Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

47. Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

48. Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya.

49. Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

50. Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Rakyat yang dikasihi

51. Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.

anginperubahan.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers