Photobucket

Calon Universiti Al-Azhar Perlu Lulus Ujian Kelayakan



KUALA LUMPUR – Hanya pelajar yang lulus Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qalbul) di Malaysa akan dihantar meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir bermula tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu berbeza berbanding sebelum ini iaitu pelajar STAM hanya akan mengambil ujian kelayakan tersebut semasa tiba di Mesir.

“Sebelum ini jika mereka tidak lulus di Mesir mereka akan lewat memulakan pengajian semata-mata untuk menduduki semula dan lulus ujian kelayakan bahasa Arab. Hal ini membimbangkan ibu bapa serta menyebabkan pihak penaja mengalami kerugian ekoran kelewatan pelajar memulakan tahun pertama mereka di Al-Azhar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar STAM dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2011 di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, langkah itu dianggap tepat dan mampu memberi keputusan yang baik bagi semua pihak.

Mengulas lanjut, katanya, Yayasan Sofa dilantik oleh Universiti Al-Azhar sebagai wakil rasmimenganjurkan ujian kelayakan kemasukan ke universiti itu.

Menurutnya, Yayasan Sofa juga akan menjalankan Pusat Asasi Universiti Al-Azhar (pusat pengajian bahasa Arab bagi pelajar-pelajar yang tidak lepas ujian kelayakan) di Malaysia.

Dalam pada itu, kata beliau, pada tahun lalu seramai 362 daripada 571 orang calon yang mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti tersebut gagal.

“Statistik pelajar gagal ujian kemasukan ini sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada negara kerana kegagalan calon lepasan STAM menguasai bahasa Arab,” jelasnya.

My News Hub

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers