Photobucket

Najib Ucap Takziah Kepada PM Thailand


HATYAI- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Thailand berikutan kejadian pengeboman yang berlaku di sini dan Yala, kelmarin.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand berikutan tindakan segera untuk membantu rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu. Ucapan Najib itu disampaikan menerusi Pegawai Tugas-tugas Khas beliau, Datuk Latt Shahriman yang menemui sendiri Perdana Menteri Thailand, Yinluck Shinawatra di tempat kejadian pengeboman di sini.

Latt Shariman berkata, Perdana Menteri melahirkan rasa kesalnya kerana kejadian seperti di sini berlaku di tempat yang aman dan menjadi tumpuan pelancong.

“Yingluck pula memberitahu saya bahawa kos rawatan bagi rakyat Malaysia yang terbabit akan ditanggung kerajaan Thai. Selain itu, kerajaan Thai juga akan menghantar mereka terus ke rumah mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers