Photobucket

UMNO Sedia Baiki Kelemahan


MUAR 2 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia memperbaiki kelemahan dalam usaha memenuhi kehendak rakyat tanpa menyentuh perkara pokok yang menjadi tunjang penubuhan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejarah membuktikan UMNO adalah sebuah parti yang sedia melakukan perubahan sesuai dengan kehendak semasa sejak ia ditubuhkan lagi.

“UMNO dan BN tidak bimbang untuk melakukan perubahan tetapi jangan sentuh mana-mana perkara pokok yang termaktub dalam Perlembagaan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah serta Ketua Pemudanya yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Hishammudddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sehubungan itu ahli-ahli UMNO perlu melancarkan gerak kerja untuk memahami cita rasa sebenar rakyat tanpa mengira kaum.

Menurutnya, ia boleh dilakukan jika ahli UMNO dan BN memainkan peranan menterjemahkan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah menyatupadukan rakyat di negara ini.

UTUSAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers