Photobucket

Kredibiliti UMNO Tidak Terjejas Dengan Putar Belit Pembangkang


KUALA LUMPUR - UMNO di semua peringkat perlu bersiap sedia menepis propaganda yang sedang dimainkan pembangkang kononnya mereka berupaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Pembangkang mula berangan-angan untuk membentuk kerajaan, tetapi saya yakin impian mereka tidak kesampaian kerana rakyat semakin bijak dan rasional membuat pilihan,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketika mengingatkan demikian, beliau menegaskan rakyat masih yakin dengan kredibiliti UMNO dan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Seperti biasa, mereka akan canangkan kepada rakyat kononnya PR mempunyai harapan besar untuk memerintah, tetapi dakwaan itu hanya propaganda politik,” katanya.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO dan rakyat khususnya tidak perlu memberikan perhatian kepada dakwaan yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.

Beliau yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan muslihat PR yang secara jelas telah memutarbelitkan isu cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Mereka jelas berbohong kepada rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mulakan usul tersebut, sebaliknya UMNO pula yang dipersalahkan,” katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, keputusan PRU-12 tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk menilai sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Katanya, UMNO dan BN sedang mengalami perubahan ketara setelah rakyat berasakan tertipu dengan kerenah pembangkang seperti di Selangor, Kedah dan Perak.

Dalam hubungan ini, Syed Ali yakin kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan rakyat untuk berdepan dengan ancaman PR pada pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers