Para pemimpin UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sekata bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO hanya buang masa dan tidak berfaedah.
Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.
Dr Mahathir berpendapat Najib tidak perlu layan Nik Aziz . "Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya.
Menurut beliau perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza.
"Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.
Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenainya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di Alor Star Ahad.
Abdullah pula yang ditemui wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas berpendapat pendekatan berdebat itu tidak akan membawa kedua-dua parti itu ke mana-mana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.
"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik kedua-dua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.
"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan UMNO dan PAS bercanggah pendapat dan pendirian," katanya.
Beliau berkata, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah kerana agama dan adalah lebih baik kedua-dua pihak mewujudkan persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, kedua-dua parti itu perlu menyelesaikan bersama isu penting tentang Melayu dan Islam segera supaya mereka tidak bertelagah lagi mengenainya pada masa akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada UMNO dan rakyat.
"Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.
"Apa yang penting UMNO dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manek Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada wartawan di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manek Urai di Kampung Sok Luar di Manek Urai.
Tengku Adnan meminta Nik Aziz melihat apa yang telah dilakukannya kepada rakyat Kelantan pada masa PAS memerintah lebih 19 tahun.
"Apa yang dia buat. Semua apa yang ada itu hasil usaha yang dibuat Kerajaan Pusat. Apa yang PAS tahu buat fitnah dan burukkan pemimpin semata-mata," katanya sambil menambah jika BN yang memerintah dalam tempoh itu sudah tentu Kelantan akan jauh lebih membangun.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.
"Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat Kuala Klawang.
Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, berkata tidak ada asas untuk mengadakan perdebatan dan adalah lebih baik untuk bermuafakat jika ada isu yang hendak dikemukakan.
Rais berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Menteri Besar Kelantan itu yang mengajak Najib sebagai Presiden UMNO mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kemelut antara dua parti itu.
"Tiba-tiba.....tiada ribut, tiada hujan maka kita nak debat.....apakah yang mahu diperdebatkan ?.
"Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat," katanya.
Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan pula berkata kepada Bernama walaupun Nik Aziz adalah golongan ulama, namun kenyataannya baru-baru ini yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan juga komunis tidak melambangkan bahawa beliau patut dicontohi ahli PAS yang lain.
"Jangan kerana kita nak menang, kita sampai lupa adab kesopanan. Beliau (Nik Aziz) telah melanggar adab kesopanan dan itu bukan contoh yang perlu diikuti walaupun dia adalah ulama," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat telah melanggar adab kesopanan berpolitik sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Katanya, UMNO pun ada juga mengkritik Pas tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu dan Menteri Besar Kelantan itu juga harus mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Umno berikutan kenyataannya itu.
"Beliau perlulah sedar diri. Jangan hanya nak menang, segala perkara dihalalkan," katanya.
Sementara itu Exco Pergerakan Pemuda UMNO Hishamuddin Yahaya (Yeop) dalam SMS kepada Agendadaily menduga perlawaan debat Nik Aziz itu hanya untuk mengaburi pengundi Manek Urai supaya penyokong PAS tidak hilang kepercayaan dan tidak lari.
“Ia juga untuk menutup kelemahan PAS apabila menolak idea kerajaan perpaduan yang dibawa Haji Hadi,”katanya.
Menurut Hishamuddin Perdana Menteri tidak perlu layan karenah Nik Aziz itu sebaliknya tumpu pada tugas penting nak selamatkan ekonomi negara.
AD-28/6/2009
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment