Photobucket

NIZAR Buat Hal Lagi.. - Nizar Bawa Undang-Undang Rimba Ke Parlimen Digantung 2 Hari


Hari pertama sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua, penggal kedua Parlimen ke-12 hari Isnin kecoh dengan tindak tanduk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan gengnya memakai lilit kepala Bubar DUN Perak.

Belum pernah dalam sejarah parlimen Malaysia kejadian seumpama ini berlaku.Selain Nizar, lima lagi Ahli Parlimen turut memakai lilit kepala tersebut.

Tindakan mereka itu ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ingkar dengan arahan tersebut, Nizar dan enam yang lain diarah keluar Dewan Rakyat.

Pandikar Amin pada sidang media selepas itu memaklumkan, kesemua mereka yang diarah keluar itu digantung selama dua hari. Penggantungan itu menjadikan Nizar sebagai Ahli Dewan Rakyat yang pertama sejurus mengangkat sumpah telah digantung daripada menghadiri sidang Dewan.

"Ini bukan pasar, cari Parlimen lain kalau nak buat kecoh," kata Pandikar Amin.Beliau menyelar tindakan ahli Parlimen Bukiit Gantang yang membuang masa dan menjerit-jerit tidak menghormati parlimen dan peraturan Dewan.

Selain Nizar, turut digantung menghadiri sidang hingga esok adalah ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan N.Gobalakrishnan (Padang Serai). Tiga yang lain, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Kerai) dan Dr Dzulkifly Ahmad Kuala dari Selangor.

Insiden mencemar Dewan yang mulia itu dipercayai dirancang oleh Nizar dan geng beliau.

Ini kerana, pemimpin PAS Pusat sendiri tidak menyokong perbuatan Nizar mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, tindakan Nizar itu adalah tindakan spontan beliau dan pembangkang di Perak yang tidak puashati dengan kemelut politik di negeri itu.

Katanya, Nizar tidak memaklumkan tindakan itu kepada PAS Pusat.Malah, Nasharuddin menyifatkan tindakan AJK PAS Pusat itu untuk menarik perhatian politik dunia dan beliau memperolehinya apabila perbuatannya itu menyebabkannya digantung.

Jika melihat lebih dalam kejadian itu, inilah perjuangan sebenar pembangkang yang sengaja mencetuskan kontroversi supaya kekal popular walaupun tindakan tersebut hanya membuang masa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyokong serta mempertahankan tindakan Nizar.

Beliau berpendapat, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan.

Katanya, parlimen tidak patut ambil tindakan tegas menggantung Nizar dan enam yang lain.

Itu kata Anwar tetapi seperti ditegaskan Pandikar Amin, parlimen bukan pasar dan jika pembangkang berpendapat, boleh buat apa saja di parlimen, carilah parlimen lain yang sesuai untuk mereka.

Beberapa orang ahli parlimen BN yang ditemui berkata pengundi di Bukit Gantang kini patut sedar bahawa mereka sudah memilih wakil rakyat yang hanya mementingkan diri dan jawatan dan menjadikan undang-undang rimba bagi mencapai kerakusan politik kerana masih belum mahu menerima hakikat mereka kini bukan majoriti lagi di Dewan Undangan Negeri Perak.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis menilai perbuatan Nizar adalah diluar kewarasan.

”Ini Parlimen bukan Dewan Undangan Negeri Perak,”katanya dengan nada marah ketika menghubungi Agendadaily.

Katanya Nizar patut pergi buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit jiwa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali berkata Parlimen akan jadi gelanggang gaduh dengan sikap Ahli Parlimen seperti Nizar yang berpendidikan tapi melakukan sesuatu yang memalukan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga urusan parlimen ,Datuki Seri Nazri Aziz berkata sepanjang empat penggal beliau menjadi Ahli Parlimen hal yang tidak wajar seumpama itu tidak pernah berlaku.


AD - 15/6/2009

1 comments:

tokmod said...

kesian sinizar terok betul sakitnya,yg peliknya orang2 "P..R"boleh tenggok saja nilah yg peliknya.Mungkin orang2 "P...R"PUN SAMASAKITNYA pooiiii......

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers