Photobucket

Nasharuddin Kekal Timbalan...'Erdogan' Kecundang


Semua sudah jelas. Kumpulan Erdogan atau yang pro Anwar Ibrahim kecundang pada pemilihan jawatan utama PAS. Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai teraju utama kumpulan Erdogan dan diwar-warkan sebagai tokoh muda yang bakal membawa PAS menjadi parti lebih terbuka, kecundang di tangan penyandang Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dengan majoriti 199 undi.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilhan PAS, Datuk Mustapa Ali, Nasharuddin memperolehi 480 undi menewaskan Husam yang hanya memperolehi 281 undi manakala seorang lagi pencabar Mohamad Sabu memperolehi 261 undi, kurang 20 undi yang diperolehi oleh Husam.

Keputusan ini juga menimbulkan tandatanya kedudukan Husam dan Mohamad dalam parti itu kerana sebelum ini adalah Naib Presiden PAS.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 877 undi dipilih bersama-sama dengan bekas Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (824 usi) dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (663 undi).

Daripada 1,044 perwakilan, hanya 1,026 perwakilan sahaja yang mengundi. Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, hanya empat sahaja undi rosak.

Kejayaan Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mengalahkan Husam dikatakan merupakan isyarat yang jelas penolakan para perwakilan PAS terhadap kumpulan yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Bagi jawatankuasa Pas Pusat, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terpilih menduduki tempat pertama dengan undi yang terbanyak iaitu 854 undi.

Keputusan penuh seperti berikut:

PRESIDEN (Menang Tanpa Bertanding)

Abdul Hadi Hj Awang

TIMBALAN PRESIDEN

Nasharudin Mat Isa

NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, (877)
Salahuddin Ayub (824)
Mahfuz Omar(663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin(854)
Idris Haji Ahmad (799)
Kamarudin Jaffar (769)
Azizan Abd Razak (653)
Hasan Mohd Ali 642)
Mohd Hatta Md Ramli (638)
Abdul Ghani Samsudin (637)
Abu Bakar Chik (622)
Mohamed Hanipa Maidin (619)
Amiruddin Hamzah (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali (589)
Ab Ghani Abdul Rahman (584)
Dzulkefly Ahmad (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530)
Hashim Jasin (522)
Mazlan Aliman (513)
Taib Azamudden Md Taib (508)
Mujahid Yusof Rawa. (488)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers