KUALA LUMPUR, 16 Jun – Entah apa pula strategi yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS bagi cubaan mengekalkan agenda perjuangan mereka yang mempergunakan agama.
Nampaknya, dari sehari ke sehari ada sahaja perkara yang dibuat atau idea kurang waras yang diucapkan, sedangkan sewajarnya selepas berlangsungnya muktamar awal bulan lalu, tentulah mereka akan bergerak dengan lebih sempurna lagi.
Namun, perkara yang sebaliknya berlaku. Buktinya, lihat sahaja insiden memalukan di Dewan Rakyat semalam yang membawa kepada tindakan tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila memerintahkan Nizar dan sekutunya keluar Dewan dan digantung dua hari.
Nizar bukan sahaja menjerit bagai orang hilang akal melaungkan ‘Bubar DUN’, dan malah turut memakai lilt kepala mempamerkan perkataan sama.
Sememangnya, tidak pernah tergambar peristiwa sedemikian akan berlaku apatah lagi disengajakan oleh seorang wakil rakyat yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pendidikan agama yang boleh dibanggakan.
Apa yang boleh diperkatakan, tindakan Nizar yang biadap terhadap persidangan Dewan Rakyat tanpa menghiraukan kedaulatan dan fungsinya di samping gagal menghormati para anggotanya termasuklah Yang Dipertua Dewan.
Sesungguhnya, demi pangkat, kedudukan dan kuasa, Nizar cuba menegakkan benang yang basah dengan mengangkat undang-undang rimba yang telah dipraktikkan semasa persidangan bawah pokok kerajaan pakatan campuran Perak dan juga semasa kekecohan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kemudiannya.
Perlakuan Nizar, yang dianggap seorang pemimpin tinggi PAS sememangnya bertentangan dengan kewajaran, atau mungkin juga beliau gagal memahami peraturan Dewan sedangkan ia bukanlah boleh dipermainkan sesuka hati.
Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Nizar, sedangkan sebelumnya telah jelas bahawa titah Sultan Perak enggan dipatuhi, keputusan mahkamah juga tidak mahu diakui dan kemudiannya mahu kekecohan di Dewan Rakyat pula.
Sudahlah sebelum ini, telah pelbagai provokasi dan manipulasai dipergunakan oleh Nizar dan sekutunya malah sanggup memperalatkan rakyat mengadakan demonstrasi dan perhimpunan jalanan semata-mata kuasa, pangkat dan kedudukan.
Mungkin juga Nizar sudah terpengaruh dengan idealogi yang dibawa oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz yang sanggup membelakangkan perpaduan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Lebih teruk lagi, PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang-terang berlainan idealogi malah bertentangan dengan apa yang dibawa oleh PAS sendiri.
Dalam hal lain pula, Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang dihormati oleh PAS sanggup pula mengeluarkan kenyataan yang sanggup ‘bertumpah darah’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bulan depan.
Adakah sekiranya PAS gagal mempertahankan Manek Urai maka mereka akan sanggup bertikaman dan melakukan perbuatan samseng asal sahaja kuasa dan kedudukan tidak jatuh ke tangan orang lain khususnya UMNO dan BN.
Fikirkanlah, apa lagi selepas ini yang akan PAS lakukan?
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment