Selain arahan tutup mulut oleh bekas Pengarah pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali, semua nampaknya masih kabur pasal gagasan kerajaan perpaduan yang akhirnya undang macam-macam polemik.
UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) minta Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperincikan idea yang dilontarkan Presiden PAS itu.
Pemimpin kerajaan nampaknya sentiasa beri ruang pada mana-mana pihak hendak bincang soal kebaikan.
Ianya tidak sama dengan pendirian DAP mahupun PKR yang lebih suka kerajaan ikut kehendak mereka.
Asal yang baik dan menang pada parti itu, mereka hendaklah tetapi yang buruk-buruk semua diletak atas bahu kerajaan BN.
Bukan itu sahaja, kalau sekutu silap sekalipun, mereka akan hentam. Tengok saja macam mana Hadi kena hentam pasal kerajaan perpaduan.oleh DAP dan PKR.
Dengar ceritanya, Presiden PAS itu cukup bersedia dan yakin dengan ideanya.
Bagi Hadi, jika tiada mana-mana pihak memulakan usaha ini, siapa lagi nak dipertanggungjawabkan jika keadaan ekonomi dan kestabilan negara terus merudum.
BN bukan tidak boleh buat benda-benda macam itu tapi jika nak ajak DAP dan PKR berunding soal itu, lebih baik lupakan saja. Kedua-dua parti itu bukan batu yang boleh dititis air lama-lama lekuk.
Semua dah tahu idelogi DAP. Semua dah tahu apa perjuangan utama PKR.
Sebab itu ada sesetengah pihak yang rapat dengan UMNO tidak malu mengakui, pada PAS perlu diletakkan harapan jika mahu melihat negara kita aman makmuar dan stabil.
Dan bila PAS mula bercakap mengenai usaha ini, ianya ibarat ‘orang mengantuk disorong bantal’.
Maklumlah. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir sendiri berpandangan rundingan antara UMNO dan PAS dapat menenangkan senario politik negara dan memulihkan kestabilan, poin tarikan utama buat Malaysia menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"Ramai pelabur tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara stabil yang dapat menjamin pulangan dalam jangka panjang," katanya mengulas kesediaan presiden PAS itu berbincang dengan UMNO mengenai isu-isu penting negara.
Beliau berkata Malaysia tidak pernah termasuk dalam senarai negara-negara yang tidak mempunyai kestabilan politik tetapi sekarang nampaknya ini lebih kerap berlaku dan ini menjejas imej negara dan memberi gambaran ia tidak lagi stabil dari segi politik.
Berbalik soal perancangan PAS bagi melaksanakan gagasan itu, parti itu bukanlah kecil anak dalam politik, bahkan pemimpin parti itu pastinya sudah mempererincikan baik-buruknya idea tersebut.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan soal kerajaan perpaduan ini menerangkan bahawa ia berlandaskan kepada konsep taawun yang melahirkan muafakat sebagaimana yang disaran agama.
Katanya, dalam Islam pembinaan negara adalah berasaskan kepada kebaikan, iaitu semua bentuk kebaikan untuk rakyat.
Kerajaan perpaduan dicadangkan oleh Presiden PAS itu katanya, berupa sebuah kerajaan yang disertai oleh semua parti-parti dalam pembangkang dan bekerjasama dengan semua parti dalam Barisan Nasional (BN).
Pendek kata semua pihak berada dalam kerajaan atau kerajaan tanpa pembangkang dan bekerja untuk kepentingan rakyat.
Cadangan ini dibuat oleh beliau ekoran kebimbangan krisis ekonomi dunia dan krisis politik yang berpanjangan di negara ini.
Namun, gagasan ini telah ditarik balik oleh Hadi ekoran wujud penentangan dalaman PAS yang lebih kepada rasa kebencian terhadap UMNO.
Tambahan pula, ada pemimpin parti itu dan pembangkang tidak mahu menjadikan usaha ini seolah-olah mahu menyelamatkan UMNO yang sedang karam itu.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang sempat melontarkan persoalan, “Apakah kebaikan jika sistemnya sebegini?” Kebaikan adalah utamanya untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Membina negara berasaskan kebaikan adalah tuntutan agama, adakah antara kita yang tidak inginkan kebaikan?
Mengambil kira penjelasan ini apakah alasan sesetengah pemimpin PAS, mahupun DAP dan PKR menentang idea baik itu?
Apakah amat sukar membuat kebaikan atau pembangkang sengaja mahu negara terus kelam kabut hingga PRU ke 13 bagi memudahkan mereka menukar kerajaan.
AD - 10/6/2009
0 comments:
Post a Comment