Selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS, Nasharddun Mat Isa dalam siding medianya tengahari Sabtu diasak bertubi-tubi soalan sama ada PAS akan meneruskan gagasan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
Namun, beliau amat berhati-hati menjawab isu tersebut kerana tahu idea berkenaan bukannya mendapat sokongan padu pemimpin dan ahli PAS malah rakan sekutu PKR dan DAP juga tidak menyenanginya.
Sebab itulah beliau mengulangi apa yang dikatakan Hadi pada Jumaat bahawa PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).
"Apa yang disebut oleh presiden semalam, kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO,” katanya dan menjelaskan bahawa jika rundingan itu membabitkan UMNO, ianya tidak bermakna PAS akan menyertai parti itu ataupun Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata beliau, rundingan itu adalah untuk kepentingan negara.
"Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan UMNO tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara," katanya.
Sebelum itu, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Nasharuddin bagi jawatan tersebut mahu PAS tidak berunding dengan UMNO dalam apa cara sekalipun apatah lagi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kerana menganggap tindakan itu hanya merugikan PAS.
Malah Husam mendakwa, majoriti jawatankuasa pusat dan naib presiden yang baru komitmen dengan pendirian politiknya itu dan pasti akan menolak hasrat gagasan itu.
Bagaimanapun, kata Nasharuddin, dalam PAS bukan seorang sahaja yang membuat keputusan terutama yang membabitkan dasar parti.
"Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi untuk membuat keputusan berkenaan," katanya.
Ketika ditanya mengenai trend kepimpinan tinggi dalam PAS, Nasharuddin berkata, parti itu terus dipimpin secara bergabung oleh ulama dan profesional.
Katanya, perwakilan sudah tahu hendak memilih pemimpin mana yang boleh menerajui PAS.
"Saya lihat mereka tidak terikat dengan kempen oleh media dalam tempoh sebulan lalu," katanya.
Nasharuddin berkata, pemilihan parti kali ini tidak akan memecahbelahkan parti atau mewujudkan musuh kerana ianya adalah manifestasi Presiden yang mahu PAS ditadbir secara kolektrik antara ulama dan professional.
Menurutnya, beliau yakin kekalkan jawatan itu berdasarkan tanggungjawab yang dapat dilaksanakan sejak dua penggal sebagai timbalan presiden tetapi berdasarkan persaingan sengit, beliau tidak menduga memperolehi undi yang tinggi.
Dengan selesainya pemilihan jawatan itu, tumpuan kini pastinya kepada gagasan kerajaan perpaduan yang menjadi punca PAS seperti berpuak-puak sama ada ianya jadi kenyataan ataupun tidak. Seperkara lagi, sudah ada kalangan pemimpin dan ahli PAS mula bertanya-tanya, apa akan jadi pada Husan yang diketahui kawan rapat Anwar Ibrahim.
AgendaDaily-6/5/2009
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
1 comments:
Asalamualaikum,
perbincangan dengan UMNO akan membawa kerugian kepada PAS.
pengundi bukan islam menyokong PAS kerana rasuah yang ada pada UMNO kini PAS nak berunding dengan UMNO pula.
lebih elok PAS mempereratkan lagi hubungan dengan PKR dan DAP seperti yang di buktikan
di Bukit Gantang dan Bukit selambau dan Penanti InsyaAllah.
Ameen.
Post a Comment