Photobucket

Perpaduan Melayu…Kenapa Ada Yang Merasa Ngeri?


Kalau duduk fikir tenang-tenang apa masalahnya sangat kalau sekadar cuma untuk duduk semeja berbincang . Unity talk kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ertinya perbincangan mengenai perpaduan.

Tiada siapa yang pernah cakap UMNO dan PAS hendak bergabung menerusi perbincangan itu.

Fakta yang tidak dapat diubah ialah idea perbincangan itu asalnya dibawa sendiri oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang dan bukannya oleh UMNO.

Tidak kira siapa yang mula mencetuskan idea itu.Asal untuk kebaikan ia memang dialukan.

Atas sebab itu mungkin UMNO memberi respon yang positif.

Sejak gagasan ini disuarakan oleh Presiden PAS di muktamar parti itu baru-baru ini ia telah melalui polimek yang berliku.

Ramai yang harian kenapa isu ini jadi berbelit-belit hingga nampak begitu rumit.

PAS sendiri bergegar kerana idea Haji Hadi itu.Rakannya dalam pakatan pembangkang PKR dan DAP jadi resah dan bimbang kerananya.

Kemuncaknya yang mengejutkan ramai pihak ialah setakat ini bila Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah menyerang Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa secara terbuka.

Ada yang bertanya kenapa Menteri Besar Kelantan itu begitu anti sangat dengan bayang UMNO sedangkan sanggup berpeluk cium dengan DAP.

Juga apa yang membuatkan puak Erdogan dalam PAS dan begitu juga PKR dan DAP cukup ngeri pasal istilah perpaduan Melayu.

Mereka yang mengikuti dari awal cerita PAS hendak duduk berbincang dengan UMNO tahu idea asalnya hanya terhad pada pencapaian kata sepakat hal-hal yang melibatkan kepentingan Melayu.

Dulu polimeknya berkisar tentang soal istilah.Apakah muqabalah atau muzakarah?

Pokok pangkalnya apa sekali istilahnya ia sekadar duduk berbincang.

Dua negara yang berperang pun boleh adakan gencatan senjata untuk duduk berunding.

Mungkinkah istilah ‘ kerajaan perpaduan’ yang digunakan oleh media mengerunkan pihak-pihak yang menentang perbincangan itu.

Sebenarnya banyak hal-hal yang melibatkan kepentingan Melayu boleh ‘ terkangkang’ semata-mata kerana sempadan perbezaan ideoloji politik antara dua parti terbesar mewakili orang Melayu yakni UMNO dan PAS.

Ramai yang berharap jurang politik tidak menyekat orang Melayu bersatu suara dalam segenap hal yang melibatkan kepentingan mereka agar ‘ tidak menang sorak kampong tergadai’..

Realitinya kekuatan orang Melayu sudah terpecah tiga.Ini kerana selain UMNO,PAS ada yang dalam PKR.

Disebalik realiti ini ada yang menilai orang Cina misalnya sentiasa bersatu suara tentang hal-hal yang melibatkan kepentingan mereka sekalipun terpisah dalam MCA,Gerakan maupun DAP.

Ia tidak harus dilihat dalam kontek perkauman.Perpaduan sentiasa menjadi impian semua pihak yang sedar tentang pentingnya ikatan itu.

Lagipun tidak salah bagi siapa juga memikirkan tentang kepentingan kaum masing-masing.

Nik Aziz nampaknya masih bebal dengan dendamnya kerana sejarah bercerai PAS-UMNO dalam kerajaan Kelantan hingga anggap sebagai ‘ sampah’ siapa jua nak dekati UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus terbenam dengan cita-cita politiknya yang masih tidak kesampaian.

Mungkin bagi mereka satu gagasan perpaduan Melayu akan bikin rosak segala impian yang mereka rasa sudah terlalu hampir.

Politik ada batasnya.

Perlukah mereka merenung ke seberang Tambak Johor untuk menyingkap sejarah Temasek?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers