Photobucket

Karpal Gesa PAS Nilai Semula Kedudukannya Dalam Pakatan Pembangkang


Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata PAS tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat PAS untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada PAS sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur Rabu.

Bernama melaporkan Karpal berkata PAS sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana ia hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya PAS sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan , terutamanya melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin PAS tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan PAS terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan PAS supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian "sopan".

Bagaimanapun, pendirian pemimpin PAS bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal.

AD - 10/6/2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers